19 September 2010

Alhamdulillah...

Rasanya tidak terlambat utk ST ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Seperti yg dijanjikan ST akan poskan gmbar ank lapis pertama pembaka Sri Kamunting yg ada 2 ekor, kedua-duanya jantan. Walaubagaimana pn belum sempat diberi nama kedua-dua ank jntan ini kerana sudah dilamar oleh seorang kawan yg betul2 berminat. Katanya utk belaan sbagai hobi je dan bukan utk bertanding... xtahu betul ke x la katanya. Terpaksalah ST melepaskan kedua2nya dengan harga yg berpatutan. Ini adalah hasil pertama dari reban ST sndiri pada tahun ni.. boleh dikatakan rezeki la ni.. sayang memang sayang tapi ST dlm proses belajar dan mengkaji. Kalau tengok dari segi gaya pada umurnya ni.. boleh la.. sedap jgak la mata memandang. Bagi ST baik anak mcm ni tarik lambat sbb takut lari casis... Harap anak2 lapis pertama ini dijaga dgn baik oleh tuan barunya.. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment