22 May 2011

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah... itulah ungkapan yg dpt ST ungkapkan kerana induk selam pembaka-2 ST iaitu Widuri sudah mula mengeram.

20 May 2011

Aksi Induk Reban-2 ST.... Widuri

Widuri adalah induk reban pilihan ST ke-2. Buat masa sekarang Widuri tengah bertelor dgn sempurna. Widuri mempunyai gaya selam dan aktif di meja. Aksesorinya jga tip top. Lihatlah di atas salah satu video aksi dr Widuri. Harap Widuri dpt menghasilkan anak2 yg lebh mengancam selepas ini... InsyaAllah.

19 May 2011

Antara Produk d Reban Aji Tpg Terkini.

Antara produk aji terkini utk thn 2011. Induk remaja ini telah terbukti di bon pd thn ini.
Ank tino yg dh nmpak aksi di meja.. ST jangka ank tino ini sehebat kakaknya di atas.
Anak b - Aji Tpg.. dan ada banyak lg ank b yg ST xsempat nk snap d reban aji ini.

16 May 2011

Reban Aji Tpg.....

Pelapis pembaka Aji Tpg yg dihasil dr rebannya sendiri
Salah sekor pembaka d reban Aji Tpg
Induk pembaka Aji Tpg hasil dari rebannya sendiri
Salah sekor induk pembaka Aji Tpg
Pembaka Tok Uban d reban Aji Tpg

11 May 2011

Balong... Srikandi

Entah balong jenis apa ini, ST pn xtahu. Balong ini dimiliki oleh salah sekor induk pembaka utama ST yg diberi nama Srikandi utk tujuan ST nk upgredkan lg generasi Sri Kmnting ST utk produk yg seterusnya. Induk ini bagi ST mempunyai ciri2 yg agak lengkap. Srikandi jg mempunyai darah yg tersohor. Utk akan dtg, ST akan poskan gambar penuhnya. Srikandi ini hanya utk induk reban ST sahaja dan bukan utk bertanding. Buat masa skrg, Srikandi tengah bertelor.

10 May 2011

Samurai...Sayonara (Sold To Selangor)

Langkah gaya terakhir Samurai d reban ST. Petang semalam Samurai selamat berlepas dan sampai mlm td di reban salah seorang peminat serama yg tidak asing lg. Walaupn berat hati utk ST lepaskan Samurai ini, tp disebabkan janji lama dan utk eratkan persahabatan ST terpaksa lepaskannya. Sebenarnya Samurai ST nk jadikan sbgai backup kpd Sri kamunting, tp insyaAllah rezeki datang lg. ST harap Samurai lebih serasi di reban barunya dan menurunkan baka yg lebih mengancam.

09 May 2011

Samurai ...... Terkini.

Generasi Sri Kemunting yang telah memasuki alam muda yg ST namakan Samurai ini sudah mula datang perangainya. Samurai ini tidak suka diserkup dan suka bebas di meja.
Anak kpd Sri Kamunting ini ST namakan Samurai kerana perangainya yg ganasss. Walaubagaimana pn kelemahannya ialah satu gigi balongnya tumpul akibat dipatuk oleh abangnya semasa anak b.. itulah akibatnya klau lambat asing klau ayam dh mula galak... sbb aku kan abggggg.
Generasi Sri Kamunting yg telah memasuki alam muda.- Samurai

06 May 2011

Induk Reban..

Induk penyeri reban ST, dijadikan induk pembaka ke-2.

05 May 2011

Anak A - satu set kuning

Anak a ini adalah hasil dari Sri Binjai dgn Induk Sri Kmnting. Wrna kuning satu set dgn paruh dan kaki. ST masih belum asingkannya dgn adik beradik betinanya. Gaya sebenarnya pn blum nmpak lg. Kita tunggu dan lihat aje lah... klau ada rezeki, insyaallah.

03 May 2011

Anak Tino..

Anak tino ini adalah milik geng serama taiping iaitu saudara Mie Burung. Ank tino ini mempunyai ciri2 yg agak elok utk dibuat baka. Mempunyai gaya di atas meja dan sudah pandai mengibas walaupun masih anak a dan betina. Hasil adunan beberapa darah dari geng serama taiping.
Anak tino ini suidah pandai bergaya di atas meja.

01 May 2011

Kunjungan Rakan Serama..

Terima kasih ST ucapkan kpd rakan blogger kita dan juga peminat serama yg tidak asing lg iaitu saudara MengKB brsama adiknya dr Kelantan dan saudara Khairul (Serama Krule) brsama rakannya dr Alor Star Kedah yg sudi dtg ke rumah ST yg tak seberapa ni pada 29hb April 2011. Agak terkilan saudara Khairul kerana xsempat brjumpa dgn Aji Tpg yg agak lambat sampai ke rumah ST pd msa tu. Walau bagaimana pn MengKB sempat berbual panjang bersama Aji Tpg slps itu. Trima kasih buat MengKB dn saudara Khairul.
Saudara Khairul sedang mempelajari sesuatu dari MengKB sewaktu di rumah ST sambil diperhatikan oleh 2 org rakan lain.
Saudara MengKB sedang menunjukkan sesuatu kpd saudara Khairul (Serama Krule).