29 April 2011

Induk Reban...

Induk reban ST yg bru lepas dimandikan dan sedang berjemur.

26 April 2011

Pencapaian ST d Bon Penang 23/4/2011

* Gambar di atas adalah aym kepunyaan geng ST iaitu Aji Taiping. Induk ini menduduki tempat ke- 4. Walau bagaimana pun induk ini mendapat markah gaya tertinggi di bon penang ini iaitu 23.0. Induk ini terlalu muda utk bersaing dgn pesaing2nya dan ekor yg tidak siap. Ini adalah kali pertama induk ini msuk bon utk test fomnya, namun prestasinya pd kali ini tidak mengecewakan. 
* Anak B ST juga menduduki tempat ke- 4 dengan markah gayanya 17.0.
* Induk ST pula sekadar mendapat saguhati.- prestasinya agak mengecewakan mgkin disebabkan induk ST ini sedang bertelor. Maaf ST xsempat nk snap gambar ank B dan induk ST ini. Insyaallah nnti ST postkan gambr2nya.

24 April 2011

Tahniah Penang Serama Group

Tahniah kpd Penang Serama Group di atas penganjuran pertandingan serama pada 23hb April 2011. Kira bon besar jgk di kawasan utara tanah air pada tahun ini. Di sini ada beberapa gambar yg sempat ST snap di bon tersebut. Terlebih dahulu ST mohon maaf jika ada tersnap gmbar2 saudara yg sengaja @ tidak disengajakan di sini.

Suasana di luar dewan pertandingan
Suasana di dlm dewan pertandingan.. kelihatan saudara Mie Kebab sempat berbual dgn otai Hj. Iskandar.
Suasana pertandingan dan meja pengadilan
Semasa pertandingan BOTB.

20 April 2011

Mai Jange Tak Mai.. Bon Penang 23 April 2011- Sabtu

Bon terdekat buat masa ni adalah di Simpang Empat, Permatang Buluh Sungai Dua, Seberang Perai Utara. Di bawah anjuran Penang Serama Group. Hadiah dan cabutan bertuah boleh tahan jgk tu.. Tahniah ST ucapkan kepada Mie Kebab, Jas, Mizi n the geng dalam penganjuran kali ini. Beberapa hari lepas ST dan Aji Tpg sempat berbual dgn saudara Mie Kebab bersama isterinya yg betandang ke Taiping. Tapi bukan tujuan serama... tp "Ayam Berduri". Kata Mie Kebab sambil ketawa... He he he... Buah durian la tu... skrg ni di Taiping boleh di katakan musim durian yg tengah mula meluruh... Durian, durian jgk tp cerita pasal serama dan pasal penganjuran ni memang tidak ketinggalan laa... Kata Mie Kebab, beliau dn geng serama penang yg lain banyak berkorban dlm menjayakan bon pada kali ini demi utk memuaskan hati semua pihak.. ST dan Aji Tpg akan memberi sokongan sepenuhnya walau xde ayam yg layak masuk bon kali ini. Harap semuanya akan berjalan lancar dan semua pihak berpuas hati demi menghidupkan Dunia Serama ini. ST juga pasti ayam2 Juara dari Kelantan, Terengganu, KL, Selangor, Melaka, N9, Kedah dan seluruh tanah air ini akan datang berentap dan menambah koleksi Juaranya. HIDUP SERAMA.

12 April 2011

Lagi Generasi Sri Kemunting.....

Hasil kacukan Sri Kamunting dgn induk otai Hj Iskandar Keramat. 

11 April 2011

Generasi Sri Kamunting

Anak kpd sri kmnting yg sudah masuk alam muda. Aym muda ini skrg sudah berpindah hak milik dan berada di reban otai klantan.

05 April 2011

Induk Kandang.... Berpindah Milik.

Antara induk kandang kesayangan ST... ank kpd Sri Kamunting yg telah bnyk berjasa kpd ST. Memandangkan ST mmpunyai pelapis baru sebagai penggantinya dan bilangan reban yg terhad di rumah ST, jadi ST dgn rela hatinya melepaskan induk ini kpd seorang rakan dn peminat srama yg tidak asing lg.
Semoga pemilik barunya akan dpt melahirkan generasi yg lebih mengancam..

03 April 2011

Sepetang Di Reban Serama Ipoh...

Ini dia saudara Pi... Serama Ipoh. Dah bertahun ST duk bercakap dlm talipon, bru smalam dpt bersua muka. Orangnya sungguh baik dan senang dibawa berbincang. ST singgah di reban beliau sambil melihat produk2 terbaru beliau. Walaubagaimana pun sebelum pulang, ST dapat buah tangan dari saudara Pi... Alhamdulillah.. trima kasih banyak2 kpd saudara Pi. ST harap saudara Pi akan dpt mengeluar hasil produknya sndiri yg lebih mengancam. Itulah dunia serama... dpt mengeratkan lg persahabatan....
Salah sekor induk pembaka di reban Serama Ipoh... saudara Pi. Banyak lg induk2 yg terdapat di reban beliau yg mengancam dari pelbagai darah.
Antara pembaka yg ada di reban Serama Ipoh.. saudara Pi.

02 April 2011

Anak a-b Sri Kamunting..... (Sold)

Anak kpd Sri Kamunting ini mmpunyai ciri2 hampir sama seperti bapaknya.. cuma pd pengamatan ST, bapaknya nmpak lebih tinggi. Walaubagaimana pun anak ini telah pn berpindah hak milik...

01 April 2011

Samurai...

Samurai ini adalah hasil kacukan Sri Kamunting dgn induk Hj. Iskandar Keramat. Gambar ini adalah semasa Samurai anak b.