30 December 2012

Ayam B milik otai Pok Lias.....

Ayam B milik otai Pok Lias untuk dijual.. pencapaian no.3 kategori B di bon MAHA baru-baru ini. Ayam ini masih berada di Taiping Perak..Sesiapa berminat bleh hubungi beliau terus.. Pok Lias 0192461303

26 December 2012

Mengeram lagi....

Induk ST yg dh mengeram... insyaallah moga dpt hasilkan ank2 yg memuaskan.

Induk ST di atas... ini adalah gambarnya sebelum mengeram..

16 December 2012

Induk Remaja ST...

Induk remaja ST... anak kpd Induk Srikandi.. Adik-beradiknya smua mmber serama dh pilih. Masa kecik induk remaja ini smua orang xminat sbb belunjur je.. tp sekarang alhamdulillah nampak perkembangan positif dari segi bentuk tubuhnya.

08 December 2012

Pembaka ST...

Pembaka kuning ST...

ST berminat kpd pembaka ini kerana gaya kibasnya dan lonjak dada...

05 December 2012

Bon Kecil-kecilan Ipoh... Pemanas badan sblm bon besar.

Bon kecil pemanas badan di Ipoh... Info drpd saudara Wandy Ipoh.
   Tarikh : 8 Disember 2012 ( Sabtu )
   Tempat: Meru Raya Ipoh
* Enam kategori dipertandingkan:
1. Anak ( a + b)
2. Remaja
3. Muda
4. Serama A + Serama B
5. ABS
6. Remaja betina + induk betina
* Hadiah 30% dari setiap kategori:
   Johan-RM45+piala , N.Johan-RM35+piala , No.3-RM25+piala , No.4-RM20 , ***
   Saguhati tempat ke 6-RM30
* Cabutan bertuah hamper X 10.. 
* Wang tunai berdasarkan penyertaan...
* BOTB - piala.
( Segala maklumat lanjut boleh hubungi terus saudara Wandy Ipoh-0174268396)

03 December 2012

Induk d Reban ST...

Induk remaja ST... leher getar dan bentuk tubuh jantung pisang.. bakal dilamar oleh seorang sahabat serama. Semoga induk ini terus berjasa nnti..

Induk kuning ST...

01 December 2012

Bercuti Sambil Singgah Di Serama Park....

Inilah peluang bawa keluarga bercuti di musim cuti sekolah ini.. Destinasi yg dicari ialah negeri Melaka. Di kesempatan ini ST ambil utk melawat Serama Park sambil berjumpa member lama ST masa di Kelantan dulu iaitu saudara Pok Ki atau ST dlu panggil Abg Zuki Sabak.. ST dh mula kenal Abg Zuki ini pada awal thn 2000. Pada tahun 2007 jga ST pernah ke rumah abg Zuki di Sabak Kelantan untuk melihat aym2 serama di reban beliau. Beliau banyak mmberi nasihat dan tunjuk ajar dalam memelihara serama ini pada masa itu. Layanan yang mesra oleh abg Zuki ST tak akan lupakan.. Harap abg Zuki akan terus maju...

Suasana pada bahagian hadapan dan sisi Serama Park.


Antara reban serama yg ada di Serama Park

Ini dia tapak dan reban baru atas tanah utk ayam2 serama di Serama Park.

Salah sekor serama yg bergaya di atas meja yg sempat ST snap di Serama Park

Yang ni pn bleh tahan jgk gayanya tp ekor blum siap sepenuhnya.

23 November 2012

Muda Ara..

Salah sekor aym ara ST yg diasuh oleh seorang sahabat ST di utara tanah air.. setakat ni telah menunjukkan perkembangan yg positif.


21 November 2012

Induk... Pelapis Di Reban ST

Salah seko induk pembaka ST yg berekor kelabu..

Harap dapat hasilkan anak2 yg lebih memuaskan.. insyaAllah.

06 November 2012

Anak Tino... (Sold)

Anak tino... iaitu siputih telah dilamar oleh sahabat serama ptg td.

Siputih... mmpunyai ciri2 selam. Harap ank tino ini akan berjasa kpd tuan barunya.

05 November 2012

Nak Balik Kampung Cuti Panjang Tak Lama Lagi.... terpaksa Let go.

Remaja kuning.. 01-(SOLD)

Anak tino... 02-(SOLD)

Anak tino...03-(SOLD)

Anak tino.....04(SOLD)

Anak tino... 04(SOLD)

19 October 2012

Anak Terkini Hasil Reban ST....(SOLD)

Salah sekor ank hasil produk reban ST yg terkini pd thn ini yg sempat ST snap. Baru lepas dimandikan..

Percubaan ST try n error menggunakan kacukan dua bapak iaitu Lesung Mas dn Sri Padi.. Alhamdulillah hasilnya stakat ini.

Struktur tulang stakat ini tiada masalah.. dr kecik lg ST beri penjagaan vitamin kalsium..

17 October 2012

Remaja Ara...

Baru datang perangai...


Harap makin selam..

15 October 2012

Alhamdulillah... walau sekadar saguhati.

Sri Padi ST dalam kategori tanpa lawi di Bon Alor Star Kedah pada 13 Oktober 2012 hanya sekadar ranking Top10. Balik dari bon terus masuk reban utk pembaka sepenuh masa.

Ayam ara milik otai Pak Lias juga dlm kategori tanpa lawi sekadar dlm ranking Top10.

14 October 2012

Suasana Bon Alor Star 13 Oktober 2012

Tidak ketinggalan saudara Aji Tpg dn Mie Burung dr Taiping.
Kawasan berhampiran bon..

Pertemuan mesra dua org otai serama iaitu Pok8 dan Pak Lias

Tidak ketinggalan saudara Naz SPB dan rakan2 serama dr Johor.

Semasa acara BOTB

Ayam yg memenangi acara BOTB iaitu ayam milik Pok8.

09 October 2012

Di Rumah Otai Serama... Pak Lias

Di rumah otai serama saudara Pak Lias di Taiping.. kelihatan bersama ialah Aji Taiping. Pak Lias yg tidak kedekut ilmu dalam memberi tips-tips penjagaan ayam serama selama beliau berada di Taiping.

ST dan bersama geng Taiping mengambil peluang ini utk mempelajari lebih mendalam dlm dunia serama ini.

Pada kali ini beliau memberi tips terakhir sebelum ayam dibawa ke bon.

Sesi latihan dan persiapan terakhir ayam milik Pak Lias sebelum di bawa ke bon.

Ara.... milik saudara Pak Lias

06 October 2012

Pembaka sepenuh masa ST

Sri Padi kini sudah kembali ke reban ST utk pembaka sepenuh masa.. setelah sekian lama berada d reban sahabat ST. Kini Sri Padi sudah mmpunyai beberapa ekor anak d reban ST hasil drpd gabungan dua ekor induk ST. Pencapaian terkini Sri Padi ialah no.5 tanpa lawi di bon Alor Star pd 22/9/2012.  

05 October 2012

Sepetang di rumah Mie Burung...

ST bersama otai serama Pak Lias dan Aji Tpg melawat ke rumah rakan serama Mie Burung.

Tu dia... tunjuk ajar dari Pak Lias dlm tips menjaga ayam serama.. salah sekor aym Mie Burung menjadi bahan ujikaji.

Apakah yg dibincangkan antara Pak Lias dn Aji tu....

Begitu khusyuk sekali mereka ni..