15 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. dr ST

Dikesempatan ini ST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri utk smua geng serama. ST ingin memohon maaf jika ade terkasar bahasa @ yg boleh menyinggung perasaan sahabat serama smua. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yg dinanti-nantikan oleh smua umat islam di seluruh dunia. ST juga dlm persiapan utk pulang ke kampung di Kelantan, tu yg update blog siap2 ni..

Dalam bulan Ramadhan ini juga ST dan sahabat di Taiping sempat berjumpa dgn salah seorang otai serama yg tidak asing lg iaitu Pak Lias yg kebetulan berkunjung ke rumah anaknya di Taiping.


Pertama kali ST dn sahabat bertemu mata dn berbual panjang dgn Pak Lias ni.. Orgnya sungguh mesra dn tidak kedekut utk berkongsi ilmu dlm dunia serama ini bersama ST yg masih baru dlm dunia serama ini.