31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012..... KPD SEMUA GENG SERAMA

ST ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kpd semua geng serama di seluruh tanah air dan luar negara. Semoga kemeriahan dunia serama akan lebih gemilang di tahun 2012 ini. Jadikanlah  dunia serama ini suatu keseronokan dan dapat menjalinkan silaturahim yg lebih erat di antara kita... Insyaallah..

Gambar bawah: Lawatan singkat ke reban mini ST oleh saudara Zack (Zam) Serama Cheras. Sebagai
                            penutup tahun 2011. Terima kasih ST ucapkan kerana membawa buah tangan beberapa
                            bungkus makanan serama Emas 10.




Gambar Bawah: Saudara Zack (Zam) yg sedang asyik snap gambar pembaka sepenuh masa ST yg
                            tak seberapa dan tak terurus..


28 December 2011

Sekor Lagi Anak a....

Sekor lg anak a yg ST rasa mempunyai potensi yg cerah. Kerana dari segi bentuk badan dan cara berjalannya menjunjung dada. Walau bagaimanapun anak a ini juga sudah dilamar. ST harap anak a ini tidak mengecewakan kpd pemilik barunya nanti.. insyaallah.


Pada penggamatan ST warnanya nanti berkemungkinan pinang masak.. entah la!


Walaupun masih kecil tp aksi berjalannya menjunjung dada amat ketara.

27 December 2011

Anak a

Produk akhir tahun 2011 ST. (SOLD)

23 December 2011

Induk Remaja...

Kedua-dua induk remaja di atas adalah anak kpd induk Srikandi. Yang berwarna kuning tu sudah pn berpindah milik ke reban rakan serama di K.L. Yang berwarna putih ST jadikan pelapis induk reban ST.

20 December 2011

Induk Reban.. Srikandi

Srikandi merupakan induk paling senior d reban ST. Telah beberapa kali menghasilkan anknya termasuk bersama Sri Kamunting. Walaupun sudah berumur tp gaya selam dan lonjak dadanya tetap menarik. Utk 2012 ST cuba masukkan Srikandi ini bersama Lesung Mas plak.
Utk pelapis induk reban ST akan dtg, ST simpan sekor anak betinanya yg dpt mewarisi ciri2 Srikandi ini..

14 December 2011

Kotak ISA

Kotak ISA utk serama yg mempunyai ukiran yg halus dan cantik. Stakat ini ST lihat ada 2 rekabentuk yg berbeza kotak ISA ini yg berada di rumah otai Nan Tumpat. Jika diteliti, bnyak bahagian pd kotak ini diukir bentuk aym serama. Sehinggalah bahagian yg paling kecil bentuk aym serama diukir ialah bahagian utk lock pintunya (mngkin anda tidak nmpak pd gmbar yg ST poskn ini sbb ianya terlalu kecil. Pelbagai bunga ukiran dimasukkan termasuklah ukiran bunga india.... Wahhhh! ni kotak serama 1Malaysia ke? hehehe... gurau je.
Walaubagaimana pun jika sape2 geng serama yg berminat bolehlah menghubungi terus saudara Nan Tumpat (0169405009). Harga sebenar ST xpasti sgt, tp rasanya dlm lingkungan RM300-400, berdasarkan rekabentuknya. Bagi geng serama yg ingin meletakkkan logo kelab atau persatuan masing2 pd kotak ini pn boleh.

12 December 2011

Gaya Sri Kenyir..

Beberapa hari lepas sempat ST singgah di rumah otai serama Nan Tumpat.. Rupanya Sri Kenyir berada di reban beliau utk buat sementara waktu katanya.. Dapat ST melihat aksi2 yg ditunjukkan oleh Sri Kenyir ini yg agak mengagumkan ST. Di sini ada beberapa gambar Sri Kenyir yg dpt ST poskan.
Kelihatan juga saudara Yoe (bekas pengadil Perkasa) menyaksikan aksi Sri Kenyir.
Kelihatan saudara Nan Tumpat bersama aksi selam Sri Kenyir..

10 December 2011

Anak b

Anak b... baru nak belajar bergaya.

03 December 2011

Sebelum Balik Kampung...... Terpaksa Pindah Milik..


Gambar Atas: Anak A ara (Sold). Anak b kuning xsiap (Sold).. berat hati sungguh utk ST lepaskan beberapa ekor aym ST termasuk beberapa ekor induk kandang dan termasuk beberapa ekor anak... kerana persiapan utk pulang ke kmpg selepas smua kenduri kt sini ST dh settle.. Nak bawak balik semua memang xmuat kreta laa.. ST akan bercuti d kampung lebih kurang hampir 3 minggu jgk ni.. Ade yg ST tinggalkan di reban Aji Tpg. Insyaallah mungkin ade rezeki lagi di tahun hadapan.. Serama sebagai hobi utama ST sahaja.. Nak balik main air banjir plak ni... hehe.

02 December 2011

Testing.. video..

Aksi Sri Padi.... ST
Aksi Sri Padi..... ST

01 December 2011

Induk Pelapis ST....

Berjemur lepas dimandikan...Antara induk pelapis yg sudah bertelor di reban ST... .(Sold)