
SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
15 September 2009
Ara dlm kenangan
Bapak Ara ini pernah menjadi johan kategori serama A di bon Sungai Petani pada 4 April 2009. Walaubagaimana pun Ara ini telah bertukar milik kepada seorang peminat serama di Perak.
Bapak A - Kerusi Emas dlm kenangan
Bapak A ini dari baka husin juga. Masa ni ekor dan lawinya belum siap. aksesorinya pun bleh tahan gak.Walaubagaimana pun ayam ni bertukar milik kepada salah seorang peminat serama berbangsa cina yang sangat minat ayam ni.. so padan dengan harga yang ditawarkan, saya pun lepaslah...
SELAMAT PUASA DAN RAYA
KEPADA SEMUA RAKAN SERAMA, KAMI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..! - Ikhlas dari Serama Taiping
Saya salah sorang peminat cilik serama.. ini gambar saya masa kt bon di Sentral Market K.Lpada awal tahun bru ni. Dah banyak tempat bon yang saya pergi. Saya peminat utama Ayam Serama dan Upin & Ipin. Kepada pakcik, makcik, abang2, adik2 dan peminat serama ni serta famili saya ucapkan selamat Posa dan Raya Aidil Fitri..2009!
Induk Kuning Mas
Induk kuning mas ini dari baka husin. Walaubagaimana pun induk ini telah dijual kepada seorang rakan.... disebabkan tidak tahan dengan pujuk rayunya maka induk ini telah bertukar milik. Dengar khabar induk ini telah bertelur walaupun telurnya 5biji sahaja.
BAPAK AJI KUNING (BUAT BAKA)
Subscribe to:
Posts (Atom)