28 July 2012

Salam Ramadhan.....

Salam Ramadhan ST ucapkan utk smua umat islam amnya dan buat geng serama khasnya. Dah lama ST x update blog ni memandangkan bnyak kerja2 yg perlu diselesaikan..... Tak ada ape yg dpt ST poskan, cuma aym2 pembaka di reban ST yg xseberapa ini.

Inilah induk tertua di reban ST yg masih berjasa.... Srikandi.. Dulu induk ni ST beli dari Poknan Tumpat. Beberapa generasinya di reban ST dah melahirkan anak dan cucu yg amat membanggakan ST. Terbaru utk thn 2012 ini cucunya yg telah berpindah milik kpd seorang rakan serama telah menunjukkan aksi yg membanggakan di beberapa bon bersama tuan barunya... Alhamdulillah.

Inilah cucu kpd induk Srikandi ST di atas.. gambar ini ST terima melalui mms dari pemilik barunya.. Semasa remaja ayam ini telah menjuarai kategori remaja dan sekaligus merangkul BOTB di bon Melaka baru2 ini (2012). Terbaru aym ini mendapat tmpat ke-3 kategori remaja di bon Kedah ( Julai 2012).. Tahniah kpd pemilik barunya kerana menjaganya dgn baik dan sentiasa memberi info kpd ST.

Inilah Srikandi semasa usia muda... skrg dh xterurus kerana menjadi pembaka sepenuh masa dan faktor usia yg dh lanjut. Walaubagaimana pn skrg ini Srikandi masih mengeluarkan produknya... Alhamdulillah.