Inilah peluang bawa keluarga bercuti di musim cuti sekolah ini.. Destinasi yg dicari ialah negeri Melaka. Di kesempatan ini ST ambil utk melawat Serama Park sambil berjumpa member lama ST masa di Kelantan dulu iaitu saudara Pok Ki atau ST dlu panggil Abg Zuki Sabak.. ST dh mula kenal Abg Zuki ini pada awal thn 2000. Pada tahun 2007 jga ST pernah ke rumah abg Zuki di Sabak Kelantan untuk melihat aym2 serama di reban beliau. Beliau banyak mmberi nasihat dan tunjuk ajar dalam memelihara serama ini pada masa itu. Layanan yang mesra oleh abg Zuki ST tak akan lupakan.. Harap abg Zuki akan terus maju... |