30 December 2012

Ayam B milik otai Pok Lias.....

Ayam B milik otai Pok Lias untuk dijual.. pencapaian no.3 kategori B di bon MAHA baru-baru ini. Ayam ini masih berada di Taiping Perak..Sesiapa berminat bleh hubungi beliau terus.. Pok Lias 0192461303

26 December 2012

Mengeram lagi....

Induk ST yg dh mengeram... insyaallah moga dpt hasilkan ank2 yg memuaskan.

Induk ST di atas... ini adalah gambarnya sebelum mengeram..

16 December 2012

Induk Remaja ST...

Induk remaja ST... anak kpd Induk Srikandi.. Adik-beradiknya smua mmber serama dh pilih. Masa kecik induk remaja ini smua orang xminat sbb belunjur je.. tp sekarang alhamdulillah nampak perkembangan positif dari segi bentuk tubuhnya.

08 December 2012

Pembaka ST...

Pembaka kuning ST...

ST berminat kpd pembaka ini kerana gaya kibasnya dan lonjak dada...

05 December 2012

Bon Kecil-kecilan Ipoh... Pemanas badan sblm bon besar.

Bon kecil pemanas badan di Ipoh... Info drpd saudara Wandy Ipoh.
   Tarikh : 8 Disember 2012 ( Sabtu )
   Tempat: Meru Raya Ipoh
* Enam kategori dipertandingkan:
1. Anak ( a + b)
2. Remaja
3. Muda
4. Serama A + Serama B
5. ABS
6. Remaja betina + induk betina
* Hadiah 30% dari setiap kategori:
   Johan-RM45+piala , N.Johan-RM35+piala , No.3-RM25+piala , No.4-RM20 , ***
   Saguhati tempat ke 6-RM30
* Cabutan bertuah hamper X 10.. 
* Wang tunai berdasarkan penyertaan...
* BOTB - piala.
( Segala maklumat lanjut boleh hubungi terus saudara Wandy Ipoh-0174268396)

03 December 2012

Induk d Reban ST...

Induk remaja ST... leher getar dan bentuk tubuh jantung pisang.. bakal dilamar oleh seorang sahabat serama. Semoga induk ini terus berjasa nnti..

Induk kuning ST...

01 December 2012

Bercuti Sambil Singgah Di Serama Park....

Inilah peluang bawa keluarga bercuti di musim cuti sekolah ini.. Destinasi yg dicari ialah negeri Melaka. Di kesempatan ini ST ambil utk melawat Serama Park sambil berjumpa member lama ST masa di Kelantan dulu iaitu saudara Pok Ki atau ST dlu panggil Abg Zuki Sabak.. ST dh mula kenal Abg Zuki ini pada awal thn 2000. Pada tahun 2007 jga ST pernah ke rumah abg Zuki di Sabak Kelantan untuk melihat aym2 serama di reban beliau. Beliau banyak mmberi nasihat dan tunjuk ajar dalam memelihara serama ini pada masa itu. Layanan yang mesra oleh abg Zuki ST tak akan lupakan.. Harap abg Zuki akan terus maju...

Suasana pada bahagian hadapan dan sisi Serama Park.


Antara reban serama yg ada di Serama Park

Ini dia tapak dan reban baru atas tanah utk ayam2 serama di Serama Park.

Salah sekor serama yg bergaya di atas meja yg sempat ST snap di Serama Park

Yang ni pn bleh tahan jgk gayanya tp ekor blum siap sepenuhnya.