20 September 2009

Barisan Pengadil serama -PERKASA (Kelantan)


Antara barisan pengadil serama PERKASA (Kelantan). Gambar ini dikirim dari saudara Yoe yang merupakan S.U PERKASA.

16 September 2009

Bon di Central Market K.Lumpur

Antara barisan pengadil yang nampak keletihan semasa di bon C.M K.Lumpur pada 28 Mac 2009, mungkin ayam pun bleh tahan gak banyaknya.. cuaca jgak panas. Nampak saudara yoe & the geng begitu kusyuk semasa mengadili (kerat) ayam kategori yg diadilinya. Mungkin demi memberi kepuasan dan keadilan kepada peserta semua. Cayalah......!

Cuba Teka...(Tenung elok2)

Ini adalah salah sekor anak yang selam awal.
Ayam ini telah berpindah milik semasa kecil lg.
Seorang peminat serama berbangsa cina telah
melamarnya.

Anak B (baka rinting mas)

Anak B ini adalah salah sekor dari baka rinting mas dr Kelate. Ayam ini adalah kepunyaan kawan saya Aji.

Induk Pembaka (Seputih)

Induk ini dah mula bertelur... tak tahulah macamana hasilnya.. kita tunggulah.

Induk Pembaka

Induk dari baka husin ini juga sebagai pembaka sepenuhnya.. tunggu hasil dari generasinya..... lepas raya ni kot..!!

Tok Uban Pembaka

 

Tok uban ini dijadikan pembaka sepenuhnya.. dan kawan saya Aji yang bertanggungjawab dlm menghasilkan baka2 yg terkini. Tok uban ini pernah mendapat tempat ke-4 kategori muda di Sungai Petani pada 4 April 2009.

Black Maria









Induk hitam berkilat ini juga telah bertukar milik kepada Cikgu Riduan Kuala Besut. Kelebihan induk ini ialah saiznya yg kecil, boleh bertelur dan tarik selam.

15 September 2009

Ara dlm kenangan

Bapak Ara ini pernah menjadi johan kategori serama A di bon Sungai Petani pada 4 April 2009. Walaubagaimana pun Ara ini telah bertukar milik kepada seorang peminat serama di Perak.

Bapak A - Kerusi Emas dlm kenangan

Bapak A ini dari baka husin juga. Masa ni ekor dan lawinya belum siap. aksesorinya pun bleh tahan gak.Walaubagaimana pun ayam ni bertukar milik kepada salah seorang peminat serama berbangsa cina yang sangat minat ayam ni.. so padan dengan harga yang ditawarkan, saya pun lepaslah...

SELAMAT PUASA DAN RAYA

KEPADA SEMUA RAKAN SERAMA, KAMI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..! - Ikhlas dari Serama Taiping
Saya salah sorang peminat cilik serama.. ini gambar saya masa kt bon di Sentral Market K.Lpada awal tahun bru ni. Dah banyak tempat bon yang saya pergi. Saya peminat utama Ayam Serama dan Upin & Ipin. Kepada pakcik, makcik, abang2, adik2 dan peminat serama ni serta famili saya ucapkan selamat Posa dan Raya Aidil Fitri..2009!

Induk Kuning Mas

Induk kuning mas ini dari baka husin. Walaubagaimana pun induk ini telah dijual kepada seorang rakan.... disebabkan tidak tahan dengan pujuk rayunya maka induk ini telah bertukar milik. Dengar khabar induk ini telah bertelur walaupun telurnya 5biji sahaja.

Bapak Aji Kuning - photo 2

BAPAK AJI KUNING (BUAT BAKA)

Bapak kuning cair ini kepunyaan kawan saya Aji untuk pembiakkan baka. Bapak ini dari darah husin yang telah dicampurkan dengan induk husin dan limbat. Buat masa sekarang baru keluar hasil 3 ekor anaknya dari induk husin. Kelebihan bapak ini adalah dari segi warna, tarik getar dan jalan melonjak dada. Selanjutnya kita lihatlah hasilnya...

14 September 2009

Ini pula merupakan koleksi piala yang telah dimenangi dahulu.. dari tahun 2001 dan seterusnya. Terdapat juga koleksi sijil-sijil penghargaan dan gambar-gambar kenangan. Pada tahun 2001 juga merupakan tahun yang meriah dalam dunia serama. Terkenang kembali......

Ini adalah antara koleksi kotak isa serama saya.. ada diantaranya dibeli, dibuat sendiri dan dihadiahkan oleh kekawan serama jgk. Kotak-kotak ini bertujuan untuk kemudahan dibawa semasa ke tempat pertandingan dan juga apabila nak balik kampung.