25 April 2013

Induk.. kembar

Induk kembar adik dan kakak.

Dua beradik kembar ini mempunyai kelebihan masing-masing...

20 April 2013

Induk belunjur... biasa je.

Induk belunjur ini pada awalnya ST offer nk jual RM300 je tp tak laku... Induk ini terbiar dn sesuai utk dibuat baka je..

Walau bagaimana pun setelah dilatih beberapa hari di atas meja, ia mula tunjuk perubahan di atas meja.

Setelah hari ke-2 dilatih, ia semakin tarik dan selam...

Semakin garang di meja....

Sekarang dh mula bergaya di meja.... alhamdulillah. Itulah seni serama.. Sedikit masa lagi akan dimasukkan dgn pembaka ST... insyaallah.

13 April 2013

Anak b kubing... Sold.

Anak b kubing ini berdada besar dan leher panjang... telah berpindah milik kpd seorang sahabat serama. Harap kubing ini terus berjasa kpd tuan barunya.. Insyaallah.

Gaya di meja tidak mengecewakan...

08 April 2013

Bon Kuala Nerang Kedah... 13 April 2013


Pertandingan Ayam Serama Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang Kedah
Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)

Hadiah:
Johan : RM150 + piala + sijil
Naib johan: RM100 + piala + sijil
Ketiga: RM80 + piala + sijil
Saguhati: tilam toto @ barangan elektrik

Bonanza: RM300
Cabutan bertuah:
RM100 x 3cabutan
RM50 x 4cabutan
Hamper x 10buah

Pengadil: Terengganu dan Kedah

Yuran penyertaan: RM30

(Setiap RM1 dari yuran penyertaan akan disumbangkan ke Tabung Wira Lahad Datu)


07 April 2013

Aksi Serama A....

Ini adalah ayam serama A MengKb yg sempat menunjukkan aksinya yg menawan di rumah ST sebelum bertolak ke Bon Penang..

Serama A ini mendapat tempat dalam senarai top-3 di bon Penang... Tahniah MengKb.

06 April 2013

Aksi Di Bon Penang.. 6/4/13

Suasana semasa acara BOTB di bon Penang 6/4/13.. Alhamdulillah ST ada kelapangan utk ke Bon Penang pada kali ini sambil berjumpa dengan rakan serama termasuk dari selatan dan pantai timur tanah air.. itulah yg dikatakan semangat berserama walaupun datang dari jauh utk memberi sokongan.Suasana yg cukup meriah walaupun cuaca hujan yg berterusan pada hari itu. Tahniah kepada pihak penganjur geng Kelab Serama Penang dan tahniah juga kepada para pemenang pd kali ini. Pada kali ini ayam ST sekadar no.3 anak b, no.4 anak a... manakala induk ST bilurrrrr... hehehe.

04 April 2013

Bon Penang.. 6 April 2013 - Sabtu (info dr saudara Mizi Penang)

KELAB SERAMA PULAU PINANG
PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2013
Tarikh : 6 / 4 / 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Serbaguna Simpang Empat Permatang Buluh

Jam : 0800 am ~ 1700pm

Yuran Penyertaan : RM30.00

Pengadil : Terengganu

JOHAN :   RM 150.00 + Piala + Sijil
KE- 2  :     RM 100.00 + Piala + Sijil
KE- 3 :    RM 80.00 + Piala + Sijil
 Saguhati 30% daripada penyertaan berupa barangan..
BOTB : RM 100 + Piala + Sijil
Cabutan Bonanza: RM300 x 1
Caburan Bertuah: RM50.00x 4
Hamper
Kategori:
Serama Anak A (100 grm kebawah berciri anak A )
Serama Anak B (140 grm kebawah berciri anak B )
Serama Remaja
Serama Muda
Serama Tanpa Lawi ( ABS )
Serama A
Serama B
Induk/ Betina

*Info dari saudara Mizi Penang