20 February 2013

Rezeki 2013 lagi.... Alhamdulillah.

Alhamdulillah.. rezeki 2013 lagi. Induk yg ST namakan Getaran Jiwa ini adalah anak kpd Srikandi jgk. ST beri nama Getaran Jiwa sbb dari kepala smpai badannya bergetar (kocok). Kali ini 3 ekor anaknya yg menetas, harap membesar dgn baik.

Ini adalah gambar semasa induk Getaran Jiwa ini mengeram.

17 February 2013

Remaja kuning.. 2013

Remaja kuning belum siap sepenuhnya.. merupakan anak kpd sripadi dn ibunya adalah anak kpd induk srikandi.

50% gaya atas meja dh ada... sbb ayam aktif.. Tp di atas meja kt bon xtahu laa....

Gaya kibas pn dh ada...

Gaya berjalan pn ada... cuma kena tggu siap dlu la...

16 February 2013

Dulu.. Kini..

Gambar dulu: Sri Tanjung semasa remaja

Sri Tanjung adalah anak kpd induk Srikandi, lebihan drpd kawan2 pilih. Perubahan ketara dari segi bentuk tubuh dan kematangannya.. kerana sekarang ini Sri Tanjung dh mula belajar bertelur walaupun badannya bersaiz kecil.. Alhamdulillah buat masa kini ketiga2 telornya sempurna. Begitulah KebesaranMu.


Gambar Kini: Sri Tanjung dh mula belajar bertelur

Gambar Kini: Sri Tanjung

02 February 2013

Berkat Kesabaran....

Gambar ayam ni ST terima mms drpd seorang sahabat serama iaitu ckg jai. Ayam ni ckg jai amik dr reban ST masa ank c nk masuk remaja. Masa tu belunjur je.. tp alhamdulillah berkat kesabaran ckg jai, ayam ni dh nampak perubahan dari segi cuttingnya. Tahniah ckg jai...