31 August 2010

Saje2......

Lagi aksi Sri Kamunting... setelah menjadi pembaka sepenuh masa di reban ST. Sedikit masa lagi ST akan poskan gambar anaknya plak..

29 August 2010

Santai... di hujung minggu..

Ini adalah gambar terkini Sri Kamunting di rebannya.. dia dh kena kerja lebih masa untuk keluarkan produk terbarunya.. Gayanya kini semakin mengancam... mgkin dikelilingi induk2nya. Kita tunggu je la jadi ke x produknya..

Santai..

Sri Kamunting dgn salah sekor induk pasangannya. Walaupun dijadikan pembaka sepenuhnya dan dilepaskan dgn induk sepenuh masa, ianya masih bergaya.

Induk - (sold out)

Dari baka Terengganu.

25 August 2010

anak tino -(sold out)

Harap tuan barunya berpuashati.. sebagai salam perkenalan.

Induk kandang Aji Tpg

Induk kandang kepunyaan Aji Taiping ini adalah dari baka Sri Paka dahulu.. satu-satunya induk baka dari Sri Paka (baka baharom) yg masih ada di Taiping ini. Maaf kerana gambar kurang memuaskan.

23 August 2010

Anak A - ( Sold Out )

Anak A ini pada mulanya disangkakan betina.. rupa2nya jantan. Dari penglihatan kasar ST anak A ini mempunyai aksesori yg agak elok.. balong kecil, bertubuh tinggi, kaki kuning batangnya halus. Warnanya pasti keluar rinting sbb bapak dan ibu asalnya juga rinting. Gaya di meja juga bleh tahan. Tapi atas desakan kawan2 terpaksalah ST lepaskan anak A ini. Harap anak A ini dapat mengembirakan kepada tuan barunya.....
Anak A ini berleher panjang...

17 August 2010

Serama Kepunyaan Aji Taiping

Gambar terkini Sri Delima kepunyaan Aji Taiping yg telah masuk ke alam muda.
Terkini

16 August 2010

Induk Kandang...

Sri Melor nama diberi ini adalah antara induk kandang ST... bakal digandingkan dgn Sri Jambu.. ST rasa Sri Melor ini sgt sesuai digandingkan dgn Sri Jambu kerana ia mempunyai darah dan ciri2 yg sesuai untuk digabungkan.. Sri Melor ini mempunyai tengkok gegar yg kuat dan balung agak kecil..Kita tunggu sajalah.. jadi atau tidak sebab ini adalah proses percubaan ST.

Induk Kandang...

Antara induk yg menjadi pembaka di reban ST.. Induk ini bakal digandingkan dgn Sri Jambu di reban ST.

15 August 2010

Lagi Koleksi Serama Aji Taiping

Ayam muda ini adalah kepunyaan Aji Taiping. Aym ini adalah satu2nya anak jantan yg tinggal hasil dari Sri Paka dulu.

11 August 2010

Induk Kandang ke- 2- Sri Cempaka

Induk ke-2 yg diberi nama Sri Cempaka ini  merupakan induk kandang di ST. Sri Cempaka ini adalah induk terpilih dari darah baka otai serama di pantai timur jga. Sri Cempaka ini  telah digandingkan dengan Sri Kamunting.

09 August 2010

Induk Kandang - Sri Mawar


Induk kandang yg diberi nama sri mawar ini adalah salah sekor induk kandang di Serama Taiping... dipasangkan dengan Sri Kemunting.. Induk ini dari baka otai dari pantai timur.