Baru ni sya sempat melawat ke reban nan tumpat yg pernah menang BOTB di Pengkalan Chepa. Sempat gak ambil gambar ayam ni dengan handphone.. Katanya ayam ni xnak jual dan hanya nak buat baka je. Yang warna hitam menang BOTB. Gambar sebelah plak ayam dari reban nan jgak warna coklat muda bintik putih.

SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
16 November 2009
Induk Manisan Aji
Induk ini digunakan oleh aji sebagai pembaka kerana mempunyai darah genetik yang elok dari segi berani(garang) dan kibas. Oleh itu kami cuba masukkan ia dengan bapak tok uban yg ada gaya selam. Tengoklah hasilnya nanti sbb ini adalah percubaan pertama kami.
MOHON JUTAAN KEMAAFAN
Dikesempatan ini sya dan rakan2 sya ingin mohon jutaan kemaafan kerana lama menyepi dan dah lama tak update ruangan blog ini. Ini disebabkan kami sebagai tenaga pengajar di dalam institusi pendidikan begitu sibuk dengan pelajar2 kami yg akan menempuh peperiksaan SPM pada hari rabu ini (18/11/2009). Adalah menjadi tanggungjawab kami bagi melunaskan kerja2 kami terhadap generasi akan datang kita ini. Oleh itu kami juga ingin mengucapkan selamat menempuh dan berjaya dalam SPM kepada semua yg bakal mengambil peperiksaan SPM ini, terutamanya kepada peminat serama yg berumur 17 tahun. Demi untuk tatapan kawan2 yg melayari blog ini sya poskan gambar terbaru dari kami. Anak B dalam pembikinan ini hasil kacukan tok uban dan induk husin.
Subscribe to:
Posts (Atom)