
SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
20 December 2010
03 December 2010
15 November 2010
Aksi Sri Binjai
28 October 2010
Hobi sampingan.....
Kelisa oh kelisa.. makmal kelisa yg blum masuk kolam. |
Makmal penempatan anak2 kelisa |
Suspen ni....Tarik pukat setiap 2 bulan sekali utk melihat hasilnya |
Perbincangan rakan kongsi |
Antara ank2 kelisa yg terhasil.. antaranya Gold & Hyback. |
24 October 2010
Penyakit lama kembali...
![]() |
Keratan akhbar dari Harian Metro. ST ada terbaca artikel ini, teringat kembali ST pada zaman kegemilangan serama pada tahun 2000 - 2003 dlu. "Penyakit lama kembali lg". ST xpasti sama ada kejadian di Muar ini melibatkan geng blogger kita atau tidak. Yang pasti kerja gila ini boleh mendatangkan hasil lumayan kepada yg melakukannya. Jadi sama2 lah kita waspada dan hati2 dengan serama kesayangan kita kerana ST pasti geng serama kita ini mempunyai ayam2 yg tinggi nilainya. |
20 October 2010
anak b
![]() |
Gmbar terkini anak b kpd sri kmnting yg ST pos gmbar semasa ank a di bawah. Walau bagaimanapun ank b ini sudah berada dgn pemilik barunya. |
17 October 2010
anak a
anak a ini merupakan ank kpd sri kamunting dgn induk sri cempaka.. hanya 2 eko je dpt, keduanya jntan. Yg seko wrna kuning bnyak ikut bapaknya sri kmnting. Walau induk sri cempaka brwarna kuning cair namun anknya yg seko lg ni kluar warna putih hitam iaitu ke arah ara. ST x hairan sbb toknya sbelah ibunya memang warna ara. Kedua2 ank a ni telah bertukar hak milik.. nanti ST poskan gmbar terbaru ank2 ini nnti. Walau kita lihat yg wrna kuning nmpak cutting lebih elok dari yg hitam tu, tp ST pasti gaya yg wrna putih hitam tu lgi hebat sbb mengikut darah dari toknya ara yg terkenal jgk pada masa dulu. Tp benda hidup ni xtentu jgk, bergantung kpd rezeki jgk. Ape2 pn ST tetap bersyukur. |
15 October 2010
Induk.. tarik dan gegar.
Dah lama ST tak update blog ni kerana sibuk dgn kerja seharian dan masalah lain. Dikesempatan ini ST poskan salah sekor induk pembaka di reban ST yg diberi nama Sri Melor. Gambar induk ini semasa muda dan sekarang telah menghasilkan anaknya bersama Sri Kamunting. Walau bagaimana pun anaknya masih kecil lg. Nnti ST poskan gmbar ank-anaknya plak. Sri Melor ini berdarah husin + limbat.. Induk ini tarik dan gegar.
19 September 2010
Anak lapis pertama....
Alhamdulillah...
![]() |
Rasanya tidak terlambat utk ST ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Seperti yg dijanjikan ST akan poskan gmbar ank lapis pertama pembaka Sri Kamunting yg ada 2 ekor, kedua-duanya jantan. Walaubagaimana pn belum sempat diberi nama kedua-dua ank jntan ini kerana sudah dilamar oleh seorang kawan yg betul2 berminat. Katanya utk belaan sbagai hobi je dan bukan utk bertanding... xtahu betul ke x la katanya. Terpaksalah ST melepaskan kedua2nya dengan harga yg berpatutan. Ini adalah hasil pertama dari reban ST sndiri pada tahun ni.. boleh dikatakan rezeki la ni.. sayang memang sayang tapi ST dlm proses belajar dan mengkaji. Kalau tengok dari segi gaya pada umurnya ni.. boleh la.. sedap jgak la mata memandang. Bagi ST baik anak mcm ni tarik lambat sbb takut lari casis... Harap anak2 lapis pertama ini dijaga dgn baik oleh tuan barunya.. Alhamdulillah. |
31 August 2010
Saje2......
29 August 2010
Santai... di hujung minggu..
Santai..
25 August 2010
Induk kandang Aji Tpg
23 August 2010
Anak A - ( Sold Out )
17 August 2010
16 August 2010
Induk Kandang...
Induk Kandang...
15 August 2010
Lagi Koleksi Serama Aji Taiping
11 August 2010
Induk Kandang ke- 2- Sri Cempaka
10 August 2010
09 August 2010
Induk Kandang - Sri Mawar
Induk kandang yg diberi nama sri mawar ini adalah salah sekor induk kandang di Serama Taiping... dipasangkan dengan Sri Kemunting.. Induk ini dari baka otai dari pantai timur.
28 July 2010
Serama B koleksi Aji Taiping
Serama B ini juga merupakan antara koleksi yg pernah menghuni di reban Aji Taiping. Serama B dari baka terengganu ini juga pernah mendapat tempat yg memberangsangkan di bon utara pada awal tahun ini. Walau bagaimana pun ayam ini hanya tinggal kenangan... cuma yg ada skrg pelapis2nya sahaja.
16 July 2010
Remaja Goku Tpg
Remaja Goku Tpg blum siap sepenuhnya. Goku Tpg ini pernah menjadi johan semasa anak A di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2010. Goku Tpg ini dibeli semasa anak B dari reban Otai Keramat iaitu Hj Iskandar.
13 July 2010
Remaja Sri Jambu..
Remaja Sri Jambu ini pernah menjadi Johan dalam kategori remaja di bon Tebengau Kedah pada 3/7/10 baru2 ini bersama2 dgn Sri Delima Aji Taiping.... Ayam remaja Sri Jambu ini adalah dari baka otai serama yg tidak asing lg di arena serama dari pantai timur.
12 July 2010
Sri Delima semasa anak b
Ini adalah gambar Sri Delima semasa anak b kepunyaan Aji Taiping. Ayam ini adalah dari baka terpilih dari reban otai serama yg tidak asing lg di arena serama ini.
11 July 2010
Remaja Kepunyaan Aji Taiping
Serama Remaja ini kepunyaan Aji Taiping. Baru-baru ini remaja ini telah mendapat tempat dalam ranking top ten dalam kategori Serama Remaja di bon Tebengau Kedah pada 03/07/2010.Di dalam pertandingan kategori remaja ini sebanyak 90 ekor ayam yg telah menyertainya.
07 July 2010
06 July 2010
Alhamdulillah....
Alhamdulillah... itulah ungkapan yg dpt ST ungkapkan kerana dapat juga kami kembali semula bersama kawan2 serama di seluruh Malaysia ini. Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada kawan2 serama, geng blogger serama dan otai2 serama kerana selama ini banyak telah memberi semangat dn tunjuk ajar kepada geng ST untuk kembali semula bagi memeriahkan dunia serama yg semakin rancak ini. Geng ST sebenarnya mahu menumpukan kepada pembiakan kerana kami dlm proses blajar dan mengkaji. Tp baru2 ini secara kebetulan ada bon plak kt Kedah dan rakan2 serama ramai yg ajak menyertai bon.. jd kami pergi jgak mencuba nasib.
Buat pertama kalinya pd tahun ini.. geng ST telah menyertai pertandingan serama di bon Tebengau Kedah pada 03/07/2010. Terima kasih kepada pihak penganjur dan rakan2 kerana menyedia banyak kemudahan dan makan minum untuk peserta2. Memang seronok dan bagus bila pergi bon ni... ramai kenalan lama dan baru dpt berjumpa.. nak sebut nama pn banyak sgt ni.. geng blogger serama pn ramai jgk.. ayam pn smua power2.. So kita sama2 lah jaga martabat dunia serama ini supaya lebih kekal lama.
Buat pertama kalinya pd tahun ini.. geng ST telah menyertai pertandingan serama di bon Tebengau Kedah pada 03/07/2010. Terima kasih kepada pihak penganjur dan rakan2 kerana menyedia banyak kemudahan dan makan minum untuk peserta2. Memang seronok dan bagus bila pergi bon ni... ramai kenalan lama dan baru dpt berjumpa.. nak sebut nama pn banyak sgt ni.. geng blogger serama pn ramai jgk.. ayam pn smua power2.. So kita sama2 lah jaga martabat dunia serama ini supaya lebih kekal lama.
04 May 2010
Musim Sepi... buat Serama Taiping
Salam buat kenalan smua.. kini musim sepi buat ST kerana tanpa kokokan serama... yg kebnyakkan telah berpindah hak milik kerana keadaan yg terpaksa.. hanya kenalan terdekat dan member serama yg selalu contact je yg mengetahui cerita sebenar.. walaubagaimana pn ST dlm proses mengutip balik baka2 yg pernah ST hasilkn sebelum ini... so tengok la berjaya atau tidak ST untuk memujuk tuan2nya itu. Memang sunyi dan boring tanpa serama ni.. walaupun dulu d reban ST hanya ada 2-3 ekor jer.. dengar khabar juga pembaka Sri Paka telah pn mati mengejut d tangan pemilik barunya.... bertambah lagi laa sepinya... Walaubagaimana pn ST sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia serama skrg yg begitu hangat.. so SYABAS kpd pemilik2 serama yg telah berjaya samaada yg baru @ otai2 dan sifu2.....HIDUP SERAMA.
23 March 2010
Induk Dara.. ( Sold Out )
Induk dara ni adalah baka dr Sri Paka.. insyallah induk ini akan dijadikan induk kandang di Serama Taiping plak.
07 February 2010
Sri Paka (pembaka sepenuh masa)- Sold Out... Terkini dngar khabar Sri Paka telah mati mengejut pada pemilik barunya.
Gambar terkini Sri Paka yg menjadi pembaka full time di reban kami. Ayam baka dari Baharom ini telah menghasilkan anak2 yg agak menjadi hampir 95% iaitu dikacukkan dengan induk dari Cikgu Mie Keris. Anak sulung Sri Paka ini juga telah mendapat tempat yg membanggakan dlm pertandingan setelah berada ditangan tuan barunya. Namun sekarang Serama Taiping hanya menyimpan koleksi anak betinanya sebagai pelapis induk kandang. Setakat ini 3 orang pemilik (pembeli) anak Sri Paka ini amat berpuas hati dengan potensi anak2 yg dibelinya. Walau bagaimana pun nama pembeli adalah rahsia... itu prinsip kami.. jangan mare ye...
01 February 2010
Si Tompok Manggis
Si tompok manggis ini adalah antara koleksi yg pernah berada di Serama Taiping group. Induk ini bertelur elok dan telah dibeli oleh rakan serama di Besut.
30 January 2010
Remaja selepas pulih
Dan inilah hasilnya selepas seminggu mendapat rawatan pemulihan akhlak... Remaja ini akan dilamar oleh seorang rakan serama di Perak. Kesimpulannya begitulah potensi ayam serama yg boleh berubah-ubah dalam sekelip mata walaupun ayam itu dari darah yang hebat. Oleh sebab itu pemerhatian dan penjagaan rapi adalah penting untuk serama.
Remaja sebelum pulih
Serama remaja ini baru diambil dari seorang rakan serama di Kelantan. Ia adalah dari baka yg boleh dikatakan terpilih jgak la.. Pada usia anak A dan Anak B, serama ini memang hebat gaya dan aksinya.. Walau bagaimana pun apabila masuk peringkat usia remaja ayam ini jatuh sakit dan menjadi slow.. Baru-baru ini serama ini telah dibawa ke reban serama taiping untuk diberi rawatan pemulihan akhlak.. dalam masa seminggu ayam remaja ini telah kembali dengan gayanya yg boleh dikatakan ok jgak laa...
19 January 2010
05 January 2010
Anak A Gaya Berbeza ( Sold Out )
Kelebihan anak A ini iaitu sentiasa bergaya walaupun xsepadan dgn umurnya. Gayanya pula berbeza-beza.
Subscribe to:
Posts (Atom)