
SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
20 September 2009
Barisan Pengadil serama -PERKASA (Kelantan)
Antara barisan pengadil serama PERKASA (Kelantan). Gambar ini dikirim dari saudara Yoe yang merupakan S.U PERKASA.
16 September 2009
Bon di Central Market K.Lumpur
Antara barisan pengadil yang nampak keletihan semasa di bon C.M K.Lumpur pada 28 Mac 2009, mungkin ayam pun bleh tahan gak banyaknya.. cuaca jgak panas. Nampak saudara yoe & the geng begitu kusyuk semasa mengadili (kerat) ayam kategori yg diadilinya. Mungkin demi memberi kepuasan dan keadilan kepada peserta semua. Cayalah......!
Cuba Teka...(Tenung elok2)
Ini adalah salah sekor anak yang selam awal.
Ayam ini telah berpindah milik semasa kecil lg.
Seorang peminat serama berbangsa cina telah
melamarnya.
Ayam ini telah berpindah milik semasa kecil lg.
Seorang peminat serama berbangsa cina telah
melamarnya.
Anak B (baka rinting mas)
Anak B ini adalah salah sekor dari baka rinting mas dr Kelate. Ayam ini adalah kepunyaan kawan saya Aji.
Induk Pembaka
Induk dari baka husin ini juga sebagai pembaka sepenuhnya.. tunggu hasil dari generasinya..... lepas raya ni kot..!!
Tok Uban Pembaka
Black Maria
15 September 2009
Ara dlm kenangan
Bapak Ara ini pernah menjadi johan kategori serama A di bon Sungai Petani pada 4 April 2009. Walaubagaimana pun Ara ini telah bertukar milik kepada seorang peminat serama di Perak.
Bapak A - Kerusi Emas dlm kenangan
Bapak A ini dari baka husin juga. Masa ni ekor dan lawinya belum siap. aksesorinya pun bleh tahan gak.Walaubagaimana pun ayam ni bertukar milik kepada salah seorang peminat serama berbangsa cina yang sangat minat ayam ni.. so padan dengan harga yang ditawarkan, saya pun lepaslah...
SELAMAT PUASA DAN RAYA
KEPADA SEMUA RAKAN SERAMA, KAMI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..! - Ikhlas dari Serama Taiping
Saya salah sorang peminat cilik serama.. ini gambar saya masa kt bon di Sentral Market K.Lpada awal tahun bru ni. Dah banyak tempat bon yang saya pergi. Saya peminat utama Ayam Serama dan Upin & Ipin. Kepada pakcik, makcik, abang2, adik2 dan peminat serama ni serta famili saya ucapkan selamat Posa dan Raya Aidil Fitri..2009!
Induk Kuning Mas
Induk kuning mas ini dari baka husin. Walaubagaimana pun induk ini telah dijual kepada seorang rakan.... disebabkan tidak tahan dengan pujuk rayunya maka induk ini telah bertukar milik. Dengar khabar induk ini telah bertelur walaupun telurnya 5biji sahaja.
BAPAK AJI KUNING (BUAT BAKA)
14 September 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)