Mungkin anda semua xpuas hati dgn gambar libasnya di bawah.. inilah rupa yg xseberapa sebenar ayam ara muda di bawah. Ayam ni sebenarnya saya gunakan sepenuhnya sebagai pembaka di reban saya. Gayanya setakat ni xler mengecewakan... sebab ia sentiasa aktif di meja.

SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
05 December 2009
Waccaaa..... libas maut
Wacccaaa..... mungkin ini lah yg dikatakan oleh ayam muda ara ini. Ayam ni mempunyai gaya kibas yg agak giler.. iaitu sampai terangkat kaki dan badannya. Awas siapa yg duk dekat dgn ayam ni, pasti rambut anda menggerbang... Ha ha acah aje, ayam ni memang aktif di meja dgn gaya lonjak dadanya dan kibas yg kuat.
16 November 2009
Remaja BOTB Nan Tumpat
Baru ni sya sempat melawat ke reban nan tumpat yg pernah menang BOTB di Pengkalan Chepa. Sempat gak ambil gambar ayam ni dengan handphone.. Katanya ayam ni xnak jual dan hanya nak buat baka je. Yang warna hitam menang BOTB. Gambar sebelah plak ayam dari reban nan jgak warna coklat muda bintik putih.
Induk Manisan Aji
Induk ini digunakan oleh aji sebagai pembaka kerana mempunyai darah genetik yang elok dari segi berani(garang) dan kibas. Oleh itu kami cuba masukkan ia dengan bapak tok uban yg ada gaya selam. Tengoklah hasilnya nanti sbb ini adalah percubaan pertama kami.
MOHON JUTAAN KEMAAFAN
Dikesempatan ini sya dan rakan2 sya ingin mohon jutaan kemaafan kerana lama menyepi dan dah lama tak update ruangan blog ini. Ini disebabkan kami sebagai tenaga pengajar di dalam institusi pendidikan begitu sibuk dengan pelajar2 kami yg akan menempuh peperiksaan SPM pada hari rabu ini (18/11/2009). Adalah menjadi tanggungjawab kami bagi melunaskan kerja2 kami terhadap generasi akan datang kita ini. Oleh itu kami juga ingin mengucapkan selamat menempuh dan berjaya dalam SPM kepada semua yg bakal mengambil peperiksaan SPM ini, terutamanya kepada peminat serama yg berumur 17 tahun. Demi untuk tatapan kawan2 yg melayari blog ini sya poskan gambar terbaru dari kami. Anak B dalam pembikinan ini hasil kacukan tok uban dan induk husin.
08 October 2009
Anak Tok Ubanku
Anak B baru masuk remaja ini adalah dari baka tok uban. Gambar kurang jelas sebab menggunakan h/phone. Anak tok uban ini juga tunggu utk siap sepenuhnya utk masuk bon dlm kategori remaja.... insyaallah.
Produk Aji 1
07 October 2009
Bapak A
Ayam pembaka ini baka dari Terengganu iaitu saudara Baharom Paka. Ayam ini saya beli dari saudara Baharom semasa jumpa di Bon K.Lumpur. Rupa2nya saudara Baharom ni member saya masa kecik2 dulu.. dunia ni kecil. Buat masa ini ayam ni buat pembaka sepenuhnya. Semasa muda2 dulu kalau masuk bon kat utara dapat laa jugak Top5. Sekarang pencen daaa...
Dari Reban Mie..
Kita jenguk pula di reban salah seorang rakan saya.. iaitu saudara Mie Kimpal. Pembaka dari rebannya juga terdiri dari baka dari Kelantan dan Terengganu.
Bapak Muda Aji
Bapak muda Aji baka dari Terengganu. Ayam ini merupakan salah sekor pembaka dalam reban Aji. Aji gunakan bapak ini sebagai pembaka untuk mendapatkan bentuk tubuh yg agak tinggi dan gaya tarik serta sayap lempar. Gambar ini diambil semasa ayam ini posing dlm keadaan biasa..
20 September 2009
Barisan Pengadil serama -PERKASA (Kelantan)
Antara barisan pengadil serama PERKASA (Kelantan). Gambar ini dikirim dari saudara Yoe yang merupakan S.U PERKASA.
16 September 2009
Bon di Central Market K.Lumpur
Antara barisan pengadil yang nampak keletihan semasa di bon C.M K.Lumpur pada 28 Mac 2009, mungkin ayam pun bleh tahan gak banyaknya.. cuaca jgak panas. Nampak saudara yoe & the geng begitu kusyuk semasa mengadili (kerat) ayam kategori yg diadilinya. Mungkin demi memberi kepuasan dan keadilan kepada peserta semua. Cayalah......!
Cuba Teka...(Tenung elok2)
Ini adalah salah sekor anak yang selam awal.
Ayam ini telah berpindah milik semasa kecil lg.
Seorang peminat serama berbangsa cina telah
melamarnya.
Ayam ini telah berpindah milik semasa kecil lg.
Seorang peminat serama berbangsa cina telah
melamarnya.
Anak B (baka rinting mas)
Anak B ini adalah salah sekor dari baka rinting mas dr Kelate. Ayam ini adalah kepunyaan kawan saya Aji.
Induk Pembaka
Induk dari baka husin ini juga sebagai pembaka sepenuhnya.. tunggu hasil dari generasinya..... lepas raya ni kot..!!
Tok Uban Pembaka
Black Maria
15 September 2009
Ara dlm kenangan
Bapak Ara ini pernah menjadi johan kategori serama A di bon Sungai Petani pada 4 April 2009. Walaubagaimana pun Ara ini telah bertukar milik kepada seorang peminat serama di Perak.
Bapak A - Kerusi Emas dlm kenangan
Bapak A ini dari baka husin juga. Masa ni ekor dan lawinya belum siap. aksesorinya pun bleh tahan gak.Walaubagaimana pun ayam ni bertukar milik kepada salah seorang peminat serama berbangsa cina yang sangat minat ayam ni.. so padan dengan harga yang ditawarkan, saya pun lepaslah...
SELAMAT PUASA DAN RAYA
KEPADA SEMUA RAKAN SERAMA, KAMI UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..! - Ikhlas dari Serama Taiping
Saya salah sorang peminat cilik serama.. ini gambar saya masa kt bon di Sentral Market K.Lpada awal tahun bru ni. Dah banyak tempat bon yang saya pergi. Saya peminat utama Ayam Serama dan Upin & Ipin. Kepada pakcik, makcik, abang2, adik2 dan peminat serama ni serta famili saya ucapkan selamat Posa dan Raya Aidil Fitri..2009!
Induk Kuning Mas
Induk kuning mas ini dari baka husin. Walaubagaimana pun induk ini telah dijual kepada seorang rakan.... disebabkan tidak tahan dengan pujuk rayunya maka induk ini telah bertukar milik. Dengar khabar induk ini telah bertelur walaupun telurnya 5biji sahaja.
BAPAK AJI KUNING (BUAT BAKA)
14 September 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)