25 April 2013

Induk.. kembar

Induk kembar adik dan kakak.

Dua beradik kembar ini mempunyai kelebihan masing-masing...

20 April 2013

Induk belunjur... biasa je.

Induk belunjur ini pada awalnya ST offer nk jual RM300 je tp tak laku... Induk ini terbiar dn sesuai utk dibuat baka je..

Walau bagaimana pun setelah dilatih beberapa hari di atas meja, ia mula tunjuk perubahan di atas meja.

Setelah hari ke-2 dilatih, ia semakin tarik dan selam...

Semakin garang di meja....

Sekarang dh mula bergaya di meja.... alhamdulillah. Itulah seni serama.. Sedikit masa lagi akan dimasukkan dgn pembaka ST... insyaallah.

13 April 2013

Anak b kubing... Sold.

Anak b kubing ini berdada besar dan leher panjang... telah berpindah milik kpd seorang sahabat serama. Harap kubing ini terus berjasa kpd tuan barunya.. Insyaallah.

Gaya di meja tidak mengecewakan...

08 April 2013

Bon Kuala Nerang Kedah... 13 April 2013


Pertandingan Ayam Serama Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang Kedah
Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)

Hadiah:
Johan : RM150 + piala + sijil
Naib johan: RM100 + piala + sijil
Ketiga: RM80 + piala + sijil
Saguhati: tilam toto @ barangan elektrik

Bonanza: RM300
Cabutan bertuah:
RM100 x 3cabutan
RM50 x 4cabutan
Hamper x 10buah

Pengadil: Terengganu dan Kedah

Yuran penyertaan: RM30

(Setiap RM1 dari yuran penyertaan akan disumbangkan ke Tabung Wira Lahad Datu)


07 April 2013

Aksi Serama A....

Ini adalah ayam serama A MengKb yg sempat menunjukkan aksinya yg menawan di rumah ST sebelum bertolak ke Bon Penang..

Serama A ini mendapat tempat dalam senarai top-3 di bon Penang... Tahniah MengKb.

06 April 2013

Aksi Di Bon Penang.. 6/4/13

Suasana semasa acara BOTB di bon Penang 6/4/13.. Alhamdulillah ST ada kelapangan utk ke Bon Penang pada kali ini sambil berjumpa dengan rakan serama termasuk dari selatan dan pantai timur tanah air.. itulah yg dikatakan semangat berserama walaupun datang dari jauh utk memberi sokongan.Suasana yg cukup meriah walaupun cuaca hujan yg berterusan pada hari itu. Tahniah kepada pihak penganjur geng Kelab Serama Penang dan tahniah juga kepada para pemenang pd kali ini. Pada kali ini ayam ST sekadar no.3 anak b, no.4 anak a... manakala induk ST bilurrrrr... hehehe.

04 April 2013

Bon Penang.. 6 April 2013 - Sabtu (info dr saudara Mizi Penang)

KELAB SERAMA PULAU PINANG
PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2013
Tarikh : 6 / 4 / 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Serbaguna Simpang Empat Permatang Buluh

Jam : 0800 am ~ 1700pm

Yuran Penyertaan : RM30.00

Pengadil : Terengganu

JOHAN :   RM 150.00 + Piala + Sijil
KE- 2  :     RM 100.00 + Piala + Sijil
KE- 3 :    RM 80.00 + Piala + Sijil
 Saguhati 30% daripada penyertaan berupa barangan..
BOTB : RM 100 + Piala + Sijil
Cabutan Bonanza: RM300 x 1
Caburan Bertuah: RM50.00x 4
Hamper
Kategori:
Serama Anak A (100 grm kebawah berciri anak A )
Serama Anak B (140 grm kebawah berciri anak B )
Serama Remaja
Serama Muda
Serama Tanpa Lawi ( ABS )
Serama A
Serama B
Induk/ Betina

*Info dari saudara Mizi Penang

21 March 2013

Induk Pembaka ST..

Salah sekor induk pembaka ST utk menghasilkan produk berwarna kuning.. Insyaallah.

18 March 2013

Salah Sekor Pembaka ST...

Salah sekor pembaka jantan ST iaitu ST13

ST13....Agak serabai sbb dh lama xdimandikan

Bersama induk sepenuh masa..

13 March 2013

Remaja Kuning... Sold

Remaja kuning yg belum siap ekor sepenuhnya telah dilamar.... ST igt nk simpan remaja ni utk ST bawa test bon, tetapi memandang ST skrg sibuk dgn urusan kerja dn urusan keluarga setiap hujung mggu. Jadi ST terpaksa lepaskan remaja kuning ini kpd seorang sahabat serama.

Dengar khabar skrg remaja kuning ini telah berada di Kelantan... Ape pn harap remaja ini terus berjasa kpd tuan barunya. (ST belum sempat beri nama ayam ini)

10 March 2013

Sebelum dan selepas....

Ara remaja ke muda ST yg bru datang perangai.. masa ni ST xsempat nk trim bulu dn xde masa nk train di meja. Biasa la sibuk dgn kerja2 harian.

Yg ni gambar terkini ara diatas...Bulu ditrim skit dan dipakaikan kupiah... hehe.

07 March 2013

Induk Reban...ST

Induk reban ST...Getaran Jiwa terkini yg baru lepas bawa anak.. bagi rest dlu sebelum masuk bapak plak.

Getaran Jiwa.. induk aktif dan kuat kibas

Sedikit video induk Getaran Jiwa... yg direhatkan sementara kerana bru lepas bwak anak.

05 March 2013

Rakan FB.. Pertama Kali Bersua..

Rakan FB yg pertama kali bersua muka. ST sempat singgah d rumah saudara Nik (duduk) dan sempat berjumpa dgn saudara Bilal ppum (berdiri berbaju biru), nama yg tidak asing lg di laman FB. ST tak sangka dpt berjumpa walau pn dlm masa yg singkat dn tidak di rancang bersama kedua- dua sahabat ini. Kedua-duanya sungguh mesra dan ramah orangnya. Semoga dpt menjalinkan persahabatan yg lebih erat dlm dunia serama ini.

03 March 2013

Berjemur.. ST13

Pembaka jantan ST yg diberi nama ST13 sedang berjemur selepas sekian lama tidak dimandikan.

20 February 2013

Rezeki 2013 lagi.... Alhamdulillah.

Alhamdulillah.. rezeki 2013 lagi. Induk yg ST namakan Getaran Jiwa ini adalah anak kpd Srikandi jgk. ST beri nama Getaran Jiwa sbb dari kepala smpai badannya bergetar (kocok). Kali ini 3 ekor anaknya yg menetas, harap membesar dgn baik.

Ini adalah gambar semasa induk Getaran Jiwa ini mengeram.

17 February 2013

Remaja kuning.. 2013

Remaja kuning belum siap sepenuhnya.. merupakan anak kpd sripadi dn ibunya adalah anak kpd induk srikandi.

50% gaya atas meja dh ada... sbb ayam aktif.. Tp di atas meja kt bon xtahu laa....

Gaya kibas pn dh ada...

Gaya berjalan pn ada... cuma kena tggu siap dlu la...

16 February 2013

Dulu.. Kini..

Gambar dulu: Sri Tanjung semasa remaja

Sri Tanjung adalah anak kpd induk Srikandi, lebihan drpd kawan2 pilih. Perubahan ketara dari segi bentuk tubuh dan kematangannya.. kerana sekarang ini Sri Tanjung dh mula belajar bertelur walaupun badannya bersaiz kecil.. Alhamdulillah buat masa kini ketiga2 telornya sempurna. Begitulah KebesaranMu.


Gambar Kini: Sri Tanjung dh mula belajar bertelur

Gambar Kini: Sri Tanjung

02 February 2013

Berkat Kesabaran....

Gambar ayam ni ST terima mms drpd seorang sahabat serama iaitu ckg jai. Ayam ni ckg jai amik dr reban ST masa ank c nk masuk remaja. Masa tu belunjur je.. tp alhamdulillah berkat kesabaran ckg jai, ayam ni dh nampak perubahan dari segi cuttingnya. Tahniah ckg jai...

30 January 2013

Ayam Milik Mie Burung..

Salah sekor aym kuning milik Mie Burung.

Yang ni plak aym kubing milik Mie Burung yg pernah dpt ranking top10 d bon Alor Star 2012 thn lepas.

26 January 2013

Anak-anak 2013..

Alhamdulillah.. rezeki lg di tahun 2013 ini, semalam menetas 3 ekor anak kpd induk kuning ekor kelabu ST. Tadi ade member dh nk start booking anknya.. Insyaallah, kerana hidup mati ditentukan olehNya.

25 January 2013

Pembaka Yg Berjasa Di Reban ST..

Pembaka yg telah banyak berjasa di reban ST mempunyai ciri2 istimewa bg ST.

Untuk 2013 ST simpan generasinya utk menghasilkan produk seterusnya di reban ST... Insyaallah. Walau bagaimana pn kita hanya mampu merancang.. yg menentukan olehNya.

19 January 2013

Lagi Generasi Srikandi...

Remaja tino Srikandi yg telah pn dilamar oleh seorang sahabat serama.. semoga generasinya terus berkembang di reban barunya..

16 January 2013

Generasi Srikandi...

Cucu kpd induk Srikandi.. skrg dh masuk ank b... merenung jauh masa depan.

13 January 2013

Bon Penang 12/1/2013

Srikandi.. induk reban tertua ST mencuba nasib d Bon Penang 12/1/2013. Sekadar tempat ke 4. ST bwa ke bon sbb kebetulan Srikandi ini kebetulan bru lepas bwak anak... balik terus masuk dgn bapak pembaka je..

Srikandi semasa bawak anaknya....


Ayam milik Mie Burung dlm kategori Serama A juga sekadar tempat ke 4.

03 January 2013

SALAM 2013...

Rasanya tidak terlambat utk ST ucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Sperti kebiasaannya apabila persekolahan bermula, sibuk dgn urusan kerja dan keluarga... so serama kat rumah menjadi mangsa keadaan lagi... hehehe. Tapi terpaksa luangkan jgk demi minat dalam berserama ini. ST juga seperti kawan2 serama yg lain mempunyai pengalaman pahit dan manis dlm dunia serama ini di tahun 2012 yg lepas. Kita jadikan iktibar dan landasan utk kita lebih maju dan ke hadapan di tahun 2013 ini. Di kesempatan ini juga ST ingin memohon kemaafan kpd semua geng serama, jika terkasar bahasa dan terguris perasaan dalam coretan ST di laman blog Serama Taiping ini. Buangkan yg keruh, kita ambil yg jernih demi mengekalkan dunia serama ini supaya lebih maju...
Setelah bercuti panjang di kampung halaman ST di Kelantan, ST pulang ke Taiping dlm 4-5 hari lepas, sempat ST siapkan reban mini ST yg tak seberapa ini utk tujuan pengasingan ank2 hasil reban 2013 ini.

Buat ikut idea sendiri je hasil dari kayu yg lebihan...

Dapat buat utk lima bilik je yg berlainan saiz keluasannya... coz kayu xcukup mak ooii...

Dalam 70 peratus siap... kena pulun siang malam ni.. dan tak secanggih yg ditempah.. hehehe..

30 December 2012

Ayam B milik otai Pok Lias.....

Ayam B milik otai Pok Lias untuk dijual.. pencapaian no.3 kategori B di bon MAHA baru-baru ini. Ayam ini masih berada di Taiping Perak..Sesiapa berminat bleh hubungi beliau terus.. Pok Lias 0192461303

26 December 2012

Mengeram lagi....

Induk ST yg dh mengeram... insyaallah moga dpt hasilkan ank2 yg memuaskan.

Induk ST di atas... ini adalah gambarnya sebelum mengeram..