31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012..... KPD SEMUA GENG SERAMA

ST ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kpd semua geng serama di seluruh tanah air dan luar negara. Semoga kemeriahan dunia serama akan lebih gemilang di tahun 2012 ini. Jadikanlah  dunia serama ini suatu keseronokan dan dapat menjalinkan silaturahim yg lebih erat di antara kita... Insyaallah..

Gambar bawah: Lawatan singkat ke reban mini ST oleh saudara Zack (Zam) Serama Cheras. Sebagai
                            penutup tahun 2011. Terima kasih ST ucapkan kerana membawa buah tangan beberapa
                            bungkus makanan serama Emas 10.




Gambar Bawah: Saudara Zack (Zam) yg sedang asyik snap gambar pembaka sepenuh masa ST yg
                            tak seberapa dan tak terurus..


28 December 2011

Sekor Lagi Anak a....

Sekor lg anak a yg ST rasa mempunyai potensi yg cerah. Kerana dari segi bentuk badan dan cara berjalannya menjunjung dada. Walau bagaimanapun anak a ini juga sudah dilamar. ST harap anak a ini tidak mengecewakan kpd pemilik barunya nanti.. insyaallah.


Pada penggamatan ST warnanya nanti berkemungkinan pinang masak.. entah la!


Walaupun masih kecil tp aksi berjalannya menjunjung dada amat ketara.

27 December 2011

Anak a

Produk akhir tahun 2011 ST. (SOLD)

23 December 2011

Induk Remaja...

Kedua-dua induk remaja di atas adalah anak kpd induk Srikandi. Yang berwarna kuning tu sudah pn berpindah milik ke reban rakan serama di K.L. Yang berwarna putih ST jadikan pelapis induk reban ST.

20 December 2011

Induk Reban.. Srikandi

Srikandi merupakan induk paling senior d reban ST. Telah beberapa kali menghasilkan anknya termasuk bersama Sri Kamunting. Walaupun sudah berumur tp gaya selam dan lonjak dadanya tetap menarik. Utk 2012 ST cuba masukkan Srikandi ini bersama Lesung Mas plak.
Utk pelapis induk reban ST akan dtg, ST simpan sekor anak betinanya yg dpt mewarisi ciri2 Srikandi ini..

14 December 2011

Kotak ISA

Kotak ISA utk serama yg mempunyai ukiran yg halus dan cantik. Stakat ini ST lihat ada 2 rekabentuk yg berbeza kotak ISA ini yg berada di rumah otai Nan Tumpat. Jika diteliti, bnyak bahagian pd kotak ini diukir bentuk aym serama. Sehinggalah bahagian yg paling kecil bentuk aym serama diukir ialah bahagian utk lock pintunya (mngkin anda tidak nmpak pd gmbar yg ST poskn ini sbb ianya terlalu kecil. Pelbagai bunga ukiran dimasukkan termasuklah ukiran bunga india.... Wahhhh! ni kotak serama 1Malaysia ke? hehehe... gurau je.
Walaubagaimana pun jika sape2 geng serama yg berminat bolehlah menghubungi terus saudara Nan Tumpat (0169405009). Harga sebenar ST xpasti sgt, tp rasanya dlm lingkungan RM300-400, berdasarkan rekabentuknya. Bagi geng serama yg ingin meletakkkan logo kelab atau persatuan masing2 pd kotak ini pn boleh.

12 December 2011

Gaya Sri Kenyir..

Beberapa hari lepas sempat ST singgah di rumah otai serama Nan Tumpat.. Rupanya Sri Kenyir berada di reban beliau utk buat sementara waktu katanya.. Dapat ST melihat aksi2 yg ditunjukkan oleh Sri Kenyir ini yg agak mengagumkan ST. Di sini ada beberapa gambar Sri Kenyir yg dpt ST poskan.
Kelihatan juga saudara Yoe (bekas pengadil Perkasa) menyaksikan aksi Sri Kenyir.
Kelihatan saudara Nan Tumpat bersama aksi selam Sri Kenyir..

10 December 2011

Anak b

Anak b... baru nak belajar bergaya.

03 December 2011

Sebelum Balik Kampung...... Terpaksa Pindah Milik..


Gambar Atas: Anak A ara (Sold). Anak b kuning xsiap (Sold).. berat hati sungguh utk ST lepaskan beberapa ekor aym ST termasuk beberapa ekor induk kandang dan termasuk beberapa ekor anak... kerana persiapan utk pulang ke kmpg selepas smua kenduri kt sini ST dh settle.. Nak bawak balik semua memang xmuat kreta laa.. ST akan bercuti d kampung lebih kurang hampir 3 minggu jgk ni.. Ade yg ST tinggalkan di reban Aji Tpg. Insyaallah mungkin ade rezeki lagi di tahun hadapan.. Serama sebagai hobi utama ST sahaja.. Nak balik main air banjir plak ni... hehe.

02 December 2011

Testing.. video..

Aksi Sri Padi.... ST
Aksi Sri Padi..... ST

01 December 2011

Induk Pelapis ST....

Berjemur lepas dimandikan...Antara induk pelapis yg sudah bertelor di reban ST... .(Sold)

24 November 2011

Pembaka ST... Jeput Pise Ara terkini.

Jeput Pise Ara ST terkini...... memang serabai tp gayanya xpernah menunduk. Insyaallah awal tahun 2012 nnti kita lihat zuriatnya yg kini masih kecil.

22 November 2011

Induk...

Induk ini baru belajar bertelor.....

17 November 2011

Selamat Cuti Sekolah Dan Menempuh Musim Tengkujuh...

Sambil tu saje ST poskan gmbar pembaka sepenuh masa ST iaitu Lesung Mas. Salah sekor pembaka yg ST gunakan utk projek 2012 nnti, tu pn klau menjadi.. kita merancang tp Allah yg menentukan semua. Lesung Mas dari darah baka tersohor masa kini mmpunyai ciri2 yg ST suka (pada pandangan ST saje la). Mgkin org lain xsuka.
Bagi adik2 dan kekawan yg terlibat dgn persekolahan, dh mula musim cuti.. walaubagaimana pn bg ST tetap sibuk dan masa tetap penuh dgn kerja2 yg tertangguh terpaksa diselesaikan, dlm cuti pn ade kursus plak..kenduri pn banyak musim ni. Ape2 pn serama tetap diberi perhatian jgk.. Ade 3-4 ekor yg terpaksa ST letgo sbb nak balik bercuti d kampung nanti. So utk proses breeding trpaksa ST hentikan utk sementara waktu ni.. insyaallah penghujung thn ini ST akan mula balik. Dlm 2-3 ari ni ade 2 induk telah mengeluarkan produk terakhir utk 2011 ini.
Nanti ST akan poskan gambar2 aym ST yg tak seberapa. Saje utk memeriahkan blog serama kita je walau aym xcantik pn.

14 November 2011

Bon Ipoh Perak.. (Info dari Wandy & Mahadir Ipoh Mali)

*PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA NEGERI PERAK

Tarikh                     :  3 Disember 2011
Tempat                   :  Dewan Berhampiran Stadium Ipoh
Masa Pendaftaran   :  8.30 pagi hingga 2.30 petang
Yuran Pendaftaran  :  Rm 45 utk seekor ayam
Pengadil                 :  Kelantan (PERKASA)

*Hadiah Setiap Kategori  :    Johan- Rm 300 serta sijil
                                        N.Johan- Rm 200 serta sijil
                                          Ketiga-  Rm 100 serta sijil
                                      Keempat-  Rm 80   serta sijil
                                         Kelima-  Rm 60   serta sijil
                                    Keenam dan seterusnya barangan elektrik
                                    (Sijil hingga tempat ke-10)
*Hadiah 30% daripada penyertaan
*BOTB- Rm 100 + Sijil + Piala
*Bonanza   :  Rm 500 x 1
                     Rm 300 x 1
                     Rm 100 x 2
                     Rm   50 x 4
*Barangan Elektrik Dan Juga Hamper
*Jika Penyertaan Melebihi 450 ekor, Bonanza akan dinaikkan.

*Info daripada sdr Wandy & sdr Mahadir Ipoh
* DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UTK MEMERIAHKAN LAGI BON PADA KALI INI DI IPOH 
   PERAK... SEGALA KEMUDAHAN TERDAPAT BERHAMPIRAN DI KAWASAN BON INI *

11 November 2011

Bon di Alor Setar Kedah.....(info dari Din Jitra)

Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama 2011.
Anjuran : Alor Setar Serama Group.

Tarikh   : 19 November 2011 (Sabtu)
Tempat  : Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim
Yuran    : Rm30

Pengadil : Kelantan

Hadiah  :       Johan   -  Rm150
                  N.Johan   -  Rm100
                     Ketiga  -  Rm80
                 Saguhati   -  Toto (30% penyertaan)

Cabutan Bertuah : Hamper x 10
                             Rm 50 x 4

Bonanza             : Rm 300 x 1

BOTB                : Rm 100 & Piala

09 November 2011

07 November 2011

Utk Makluman Semua Geng serama....

Ramai yg sms ST bertanyakan tentang bon yg telah digembar gemburkan akan diadakan di Taiping @ Kuala Kangsar pd 12hb November 2011 ini.. Sebenarnya ST ingin maklumkan kpd semua geng serama sebenarnya ST tidak tahu menahu tentang perkara ini sehinggalah makluman ini ditulis.. Harap maklum. Terima kasih.

Pembaka.. ST

Pembaka ara ST yg serabai.....

02 November 2011

Muda Kubing...

 Muda kubing ini merupakan anak saudara kpd Raja Kubing.. Ibu dan bapak kpd muda kubing ini adalah adik beradik kpd Raja Kubing. Muda kubing ini bakal menghuni di reban otai serama Nan Tumpat tidak lama lg utk proses breeding.


01 November 2011

Remaja...

 Remaja.. Naib Johan di bon penang pd 22/10/2011... Jumlah markah sama dgn Johan, cuma kalah timbangan berat.
Remaja... baru mula datang perangai..

26 October 2011

Jarum Mas milik Ckg Mie Burung.....

 Ayam muda Jarum Mas ini menduduki tempat ke-10 bon penang 22/10/2011
 Aksi Jarum Mas sehari sblm ke bon penang
Jarum Mas baru mula datang perangai bru blajar masuk bon.

25 October 2011

Pencapaian ST di Bon Penang 22/10/2011

Kategori Remaja : Naib Johan ( jumlah markah sama dgn Johan tp aym ST tewas kerana timbangan berat).
Kategori Muda 1  : No.3        ( tewas 0.5 markah kepada Johan dan N.johan)
              Muda 2  : No.10      ( geng Serama Taiping milik Ckg Mie Burung) 
Kategori Induk   : Tewas....
Tahniah kepada kekawan yg berjaya... yg tewas jgn putus asa... cuba lagi.

Kunjungan Geng Serama.... Terima Kasih...

Memandangkan setiap hujung minggu ST sentiasa sibuk dan selalu tiada di rumah... walau bagaimana pun mlm td ST rasa berbesar hati kerana menerima kunjungan dari rakan serama iaitu sdr Mahadir, otai Abg Rosdi dan sdr Shah (semua Ipoh mali).. hehehe... Sembang punya sembang sehingga 11.45 mlm. Terima kasih kerana sudi dtg dan memberi pandangan serta beri tips2 yg berguna kpd ST yg baru belajar dlm serama ini. Sememangnya aym kt rumah ST ni xbnyak utk dipertontonkan. Ada yg biasa2 je yg ST jadikan sebagai hobi semata2, maklum lah rumah teres kt taman je.. Pagi esok ST akan ke Ipoh plak sbb urusan keluarga... hujung minggu ni plak ST akan berada di Seberang Perai selama 3 hari atas urusan kerja.. so masa sungguh terhad utk tumpu serama dan kpd kawan2. Insyaallah jika kelapangan ST alu2 kan kedatangan geng serama dtg ke rumah ST utk sembang2 dan minum air. Walau bagaimana pun ST ucapkan berbanyak terima kasih kpd smua geng serama...TQ..TQ..TQ.

23 October 2011

BOTB Bon Penang 22/10/2011

 BOTB bon penang.. Bujang Senang milik sdr Mahadir Ipoh.. Tahniah!
 Aksi Bujang Senang.... kelihatan sdr Along dr Kuala Kangsar
Aksi kibas Bujang Senang.. Tidak ketinggalan sdr Ckg Pi Serama Ipoh berbaju kuning sedang memerhati aksi Bujang Senang selepas d nobatkan BOTB

Sedikit Suasana d Bon Penang pada 22 Oktober 2011....(bersambung)

 Suasana di dlm dewan pertandingan.. kelihatan saudara che mat kulim berbaju merah antara urusetia.
Menjadi tumpuan peserta iaitu tempat keputusan aym2 yg bertanding.
 Suasana di dalam bilik urusetia... kelihatan sdr Mizi dn Ckg Zul (berbaju merah)
 Tidak ketinggalan wakil dr Taiping iaitu sdr Ckg Mie Burung
 Sdr Jas (baju merah) yg sibuk di meja urusetia semasa penyampaian hamper... oleh saudara iswandi Ipoh (baju kuning)
 Antara ayam-ayam yg bertarung semasa BOTB
Semasa acara BOTB yg diadili oleh pengadil dr Perkasa iaitu sdr Nik Rizwan dan sdr Mie.

14 October 2011

Bon Kecik.. Penang

(Info dari Geng Serama Penang)
Tarikh                     :   22/10/2011
Tempat                   :   Simpang 4 Permatang Buluh
Yuran Pendaftaran  :   Rm30
Hadiah                    :   Johan     - Rm150
                                  N.Johan - Rm 100
                                  Ketiga    - Rm 80
                                  Saguhati - Toto ( 30% penyertaan )
                                  Bonanza - Rm 300 x 1
                                  Cabutan Bertuah - Rm 100 x 1
                                                             - Rm   50 x 4
                                   Hamper              - x 10
       
                               BOTB  - Rm 100 dan piala

Pengadil             : Kelantan

* Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi Geng Serama Penang*

(Jika terdapat ralat, kesilapan dan perubahan akan ST maklumkan)

10 October 2011

Pembaka..ST

Sedikit aksi video pembaka ST.. ayam xseberapa, bergaya ikut mood dia je.. gmbar kureng memuaskan sbb ambik wktu malam... wktu siang xsempat nk tengok ayam sbb sibuk dgn kerja.

06 October 2011

Pembaka...

Dalam proses dijadikan pembaka sepenuh masa ST...

03 October 2011

Widuri.. Induk kandang (Sold to Perlis)

 <><>Induk kandang ST ini telah dilamar oleh seorang sahabat dari Perlis. Widuri ini sudah menghasilkan anak 3 kali. Sebagai pelapis induk ini ST ade simpan anak betinanya sekor. ST harap widuri ini dapat menghasilkan produk yg baru brsama pembaka barunya d utara tanahair.Insyaallah.
widuri.. induk selam pembaka utama ST sudah dilamar. Disebabkan ST dh dapat pelapisnya, ST sanggup lepaskan induk selam ini yang dh 3 kali menghasilkan anak. Walaupun setiap kali menetas hanya 2-3 ekor je tp hasilnya boleh la sedap mata memandang.


26 September 2011

Lesung Mas.. pembaka utama ST

Ini semasa Lesung Mas diusia remaja.. D masa akan datang ST akan poskan gmbarnya yg seterusnya. ST gunakan ayam ini sebagai pembaka utama d reban ST.
ST namakan aym ini Lesung Mas yg ST gunakan sbg pembaka utama d reban ST. Aym ini ST gunakan utk menghasil produk yg berwrna kuning.. insyaallah. Aym ini kuat kibas tetapi gayanya @ fomnya masih belum datang sepenuhnya.