01 November 2011

Remaja...

 Remaja.. Naib Johan di bon penang pd 22/10/2011... Jumlah markah sama dgn Johan, cuma kalah timbangan berat.
Remaja... baru mula datang perangai..

26 October 2011

Jarum Mas milik Ckg Mie Burung.....

 Ayam muda Jarum Mas ini menduduki tempat ke-10 bon penang 22/10/2011
 Aksi Jarum Mas sehari sblm ke bon penang
Jarum Mas baru mula datang perangai bru blajar masuk bon.

25 October 2011

Pencapaian ST di Bon Penang 22/10/2011

Kategori Remaja : Naib Johan ( jumlah markah sama dgn Johan tp aym ST tewas kerana timbangan berat).
Kategori Muda 1  : No.3        ( tewas 0.5 markah kepada Johan dan N.johan)
              Muda 2  : No.10      ( geng Serama Taiping milik Ckg Mie Burung) 
Kategori Induk   : Tewas....
Tahniah kepada kekawan yg berjaya... yg tewas jgn putus asa... cuba lagi.

Kunjungan Geng Serama.... Terima Kasih...

Memandangkan setiap hujung minggu ST sentiasa sibuk dan selalu tiada di rumah... walau bagaimana pun mlm td ST rasa berbesar hati kerana menerima kunjungan dari rakan serama iaitu sdr Mahadir, otai Abg Rosdi dan sdr Shah (semua Ipoh mali).. hehehe... Sembang punya sembang sehingga 11.45 mlm. Terima kasih kerana sudi dtg dan memberi pandangan serta beri tips2 yg berguna kpd ST yg baru belajar dlm serama ini. Sememangnya aym kt rumah ST ni xbnyak utk dipertontonkan. Ada yg biasa2 je yg ST jadikan sebagai hobi semata2, maklum lah rumah teres kt taman je.. Pagi esok ST akan ke Ipoh plak sbb urusan keluarga... hujung minggu ni plak ST akan berada di Seberang Perai selama 3 hari atas urusan kerja.. so masa sungguh terhad utk tumpu serama dan kpd kawan2. Insyaallah jika kelapangan ST alu2 kan kedatangan geng serama dtg ke rumah ST utk sembang2 dan minum air. Walau bagaimana pun ST ucapkan berbanyak terima kasih kpd smua geng serama...TQ..TQ..TQ.

23 October 2011

BOTB Bon Penang 22/10/2011

 BOTB bon penang.. Bujang Senang milik sdr Mahadir Ipoh.. Tahniah!
 Aksi Bujang Senang.... kelihatan sdr Along dr Kuala Kangsar
Aksi kibas Bujang Senang.. Tidak ketinggalan sdr Ckg Pi Serama Ipoh berbaju kuning sedang memerhati aksi Bujang Senang selepas d nobatkan BOTB

Sedikit Suasana d Bon Penang pada 22 Oktober 2011....(bersambung)

 Suasana di dlm dewan pertandingan.. kelihatan saudara che mat kulim berbaju merah antara urusetia.
Menjadi tumpuan peserta iaitu tempat keputusan aym2 yg bertanding.
 Suasana di dalam bilik urusetia... kelihatan sdr Mizi dn Ckg Zul (berbaju merah)
 Tidak ketinggalan wakil dr Taiping iaitu sdr Ckg Mie Burung
 Sdr Jas (baju merah) yg sibuk di meja urusetia semasa penyampaian hamper... oleh saudara iswandi Ipoh (baju kuning)
 Antara ayam-ayam yg bertarung semasa BOTB
Semasa acara BOTB yg diadili oleh pengadil dr Perkasa iaitu sdr Nik Rizwan dan sdr Mie.

14 October 2011

Bon Kecik.. Penang

(Info dari Geng Serama Penang)
Tarikh                     :   22/10/2011
Tempat                   :   Simpang 4 Permatang Buluh
Yuran Pendaftaran  :   Rm30
Hadiah                    :   Johan     - Rm150
                                  N.Johan - Rm 100
                                  Ketiga    - Rm 80
                                  Saguhati - Toto ( 30% penyertaan )
                                  Bonanza - Rm 300 x 1
                                  Cabutan Bertuah - Rm 100 x 1
                                                             - Rm   50 x 4
                                   Hamper              - x 10
       
                               BOTB  - Rm 100 dan piala

Pengadil             : Kelantan

* Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi Geng Serama Penang*

(Jika terdapat ralat, kesilapan dan perubahan akan ST maklumkan)

10 October 2011

Pembaka..ST

Sedikit aksi video pembaka ST.. ayam xseberapa, bergaya ikut mood dia je.. gmbar kureng memuaskan sbb ambik wktu malam... wktu siang xsempat nk tengok ayam sbb sibuk dgn kerja.

06 October 2011

Pembaka...

Dalam proses dijadikan pembaka sepenuh masa ST...

03 October 2011

Widuri.. Induk kandang (Sold to Perlis)

 <><>Induk kandang ST ini telah dilamar oleh seorang sahabat dari Perlis. Widuri ini sudah menghasilkan anak 3 kali. Sebagai pelapis induk ini ST ade simpan anak betinanya sekor. ST harap widuri ini dapat menghasilkan produk yg baru brsama pembaka barunya d utara tanahair.Insyaallah.
widuri.. induk selam pembaka utama ST sudah dilamar. Disebabkan ST dh dapat pelapisnya, ST sanggup lepaskan induk selam ini yang dh 3 kali menghasilkan anak. Walaupun setiap kali menetas hanya 2-3 ekor je tp hasilnya boleh la sedap mata memandang.


26 September 2011

Lesung Mas.. pembaka utama ST

Ini semasa Lesung Mas diusia remaja.. D masa akan datang ST akan poskan gmbarnya yg seterusnya. ST gunakan ayam ini sebagai pembaka utama d reban ST.
ST namakan aym ini Lesung Mas yg ST gunakan sbg pembaka utama d reban ST. Aym ini ST gunakan utk menghasil produk yg berwrna kuning.. insyaallah. Aym ini kuat kibas tetapi gayanya @ fomnya masih belum datang sepenuhnya.

21 September 2011

21 August 2011

Induk Top 10 ST Sekitar Thn 2000-2001

Ini adalah induk ST pada tahun 2000-2001 dahulu.. induk ini slalu dpt top 10 di bon2 sekitar tahun 2001 dahulu.. Yg ST igt induk ini prnah mndapat tmpat ke 3 d bon Juru, No 2 di bon Tmn Tasik Taiping, no 4 di bon dewan cina K.Kangsar dan no 10 d dewan Sungai Siput Perak berentap dgn ayam2 power, salah seorang yg ST igt pada masa tu ialah Datuk Peter yg mmpunyai ayam2 hebat.

18 August 2011

Serama ST tahun 2000-2001 dahulu......

Ini adalah ayam serama ST baka rinting yg ST bela pada sekitar tahun 2000-2001. Ayam ni pernah mendapat Naib Johan di bon Tasik Raban, Lenggong Perak. Kalau tak silap ST pengadil pada masa tu yg mengadili aym muda ST ini ialah Dr Wazir.

14 August 2011

Aktiviti sampingan dibulan puasa........ layan je....

Antara aktivi sampingan geng ST dibulan puasa ini.. selain serama, terkukur pn kami layan...
Inilah hasilnya..... he he



Ini adalah bekas denak yg dihasilkan sndiri oleh Mie Burung
Antara peralatan utk menahan racik terkukur yg dibuat sendiri oleh Mie Burung
Inilah aktivi di tempat kerja ST di bulan puasa waktu pagi sblm memulakn tugas masing2 yg diketuai oleh Mie Burung. Tunjuk ajar oleh Mie Burung bgaimana cara nk memasang racik burung terkukur.

12 August 2011

Jasamu di kenang... Sri Mawar- Sold



Sri Mawar.. induk kandang ST yg telah banyak brjasa sblm ini telah dijual kpd seorang sahabat. Memandangkan ST mempunyai pelapisnya, jd ST sanggup melepaskn induk ini demi persahabatan. Harap tuan barunya akan dpt menghasilkn ank2 yg lebih baik. Gambar di atas adalah Sri Mawar semasa dara.

Jeput Pise.... nak masuk remaja.

Jeput Pise semasa melangkah ke alam remaja. Sentiasa bergaya dan kuat kibas di meja.

11 August 2011

Si ara - Jeput Pise

Si ara ini ST namakn Jeput Pise (pisang). Ini gmbarnya semasa ank b. Pernah dpt ranking top 5 semasa ank b dgn markah gaya 17.

10 August 2011

Widuri.. induk reban

Sekor lg induk pembaka sepenuh masa ST. Widuri ini prnah ST poskn gmbrnya semasa mengeram dlu dn videonya. Kini Widuri sedang mengeram kembali.

09 August 2011

Si Manja.... induk kpnyaan Aji Tpg.

Inilah aksi selamba trkini induk manja kepunyaan Aji Tpg.. Dengar khabar adik2 dia dh ade....
Si manja.. induk Aji Tpg yg skrg ini menjadi induk kandang sepenuh masa.

08 August 2011

Mohon Kemaafan..... Salam Ramadhan

Mohon kemaafan di bulan Ramadhan ini kpd geng serama semua. Dh lama ST xupdate blog ni bukannya ST xmain serama dh tp ST & Aji terlalu sibuk dgn tugas seharian. Tumpuan utk serama agak kureng tp masih main lg. Xde apa yg nk ST poskn kecuali pembaka2 teras lama d reban ST yg masih ada. Produknya jg xbnyak, cuma ade la seko dua yg boleh menyejukkan mata. Gambar di atas adalah induk reban ST sepenuh masa.. Sri Kandi yg pemalu dn xmahu memandang kamera.. he he. Buat masa ni, Sri Kandi tengah mengeram plak lg...
Sri Kemunting... masih menjadi pembaka utama di reban ST buat masa ini. Telah banyak Sri Kemunting ini melahirkan generasinya yg di adunkan dgn pelbagai jenis induk yg ST gunakan. Hasilnya bolehlah tahan bg pandangan ST utk menghilangkan rasa penat ST seharian bekerja. Walau bagaimana pun ST bercadang utk bg kpd kekawan plak  merasa benih dr Sri kemunting ini. Ini disebabkan oleh ST telah mendapat hasil yg nmpak boleh dijadikan pengganti Sri Kemunting ini. ST juga bercadang utk pelbagaikan bapak pembaka d reban ST nanti. Insyaallah dimasa akan datang ST akan poskn gmbr2 serama yg xsempat ST poskn sebelum ini utk tatapan smua.

04 July 2011

SELAMAT DATANG....

Salam kpd rakan2 & peminat serama. Jemputan ke pertandingan serama Anjuran Kelab Ayam Serama Warisan Perak :
- Tarikh : 09 Julai 2011 (Sabtu)
- Tempat : Dewan Besar Gimnasium Kompleks Sukan Negeri Perak (bersebelahan Stadium Ipoh).
- Masa Pendaftaran : 8.30 pg - 2.00 ptg
* Yuran Pertandingan :  Kategori Remaja, Muda. Ayam A, ABS dan Ayam B = Rm30.
- Hadiah : Johan Rm150 + sijil
                N. Johan Rm100 + sijil
                Ke-3 Rm80 + sijil
                Ke-4 hingga 10 Rm30 + sijil
               * BOTB Rm100 + piala
- Cabutan bertuah wang tunai, barangan elektrik & hamper

* Yuran Pertandingan : Kategori anak a, anak b dan induk = Rm20
- Hadiah : Johan Rm80 + sijil
                N. Johan Rm60 + sijil
                Ke-3 Rm50 + sijil
                Ke-4 hingga 10 Rm20 + sijil
- Hadiah adalah 30% drpd penyertaan bagi setiap kategori.
* Jika jumlah penyertaan melebihi 300 ekor, hadiah akan digandakan.
* Pengadil : PERKASA
Anjuran ini disokong oleh Kementerian Belia & Sukan Negeri Perak.
Tempat pertandingan adalah dewan dgn pelbagai kemudahan lain seperti tempat makan, surau & parking.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi :
- Sdr Mahadir Chemor    : 0195535993
- Sdr Abg Rusdi              : 0175851178
- Sdr Ckg Pi Srama Ipoh : 0124328114
- Sdr Iswandy Srama84   : 0174268396
- Sdr Lan Gas                  : 0165465453
               


 

22 May 2011

Alhamdulillah.........

Alhamdulillah... itulah ungkapan yg dpt ST ungkapkan kerana induk selam pembaka-2 ST iaitu Widuri sudah mula mengeram.

20 May 2011

Aksi Induk Reban-2 ST.... Widuri

Widuri adalah induk reban pilihan ST ke-2. Buat masa sekarang Widuri tengah bertelor dgn sempurna. Widuri mempunyai gaya selam dan aktif di meja. Aksesorinya jga tip top. Lihatlah di atas salah satu video aksi dr Widuri. Harap Widuri dpt menghasilkan anak2 yg lebh mengancam selepas ini... InsyaAllah.

19 May 2011

Antara Produk d Reban Aji Tpg Terkini.

Antara produk aji terkini utk thn 2011. Induk remaja ini telah terbukti di bon pd thn ini.
Ank tino yg dh nmpak aksi di meja.. ST jangka ank tino ini sehebat kakaknya di atas.
Anak b - Aji Tpg.. dan ada banyak lg ank b yg ST xsempat nk snap d reban aji ini.

16 May 2011

Reban Aji Tpg.....

Pelapis pembaka Aji Tpg yg dihasil dr rebannya sendiri
Salah sekor pembaka d reban Aji Tpg
Induk pembaka Aji Tpg hasil dari rebannya sendiri
Salah sekor induk pembaka Aji Tpg
Pembaka Tok Uban d reban Aji Tpg

11 May 2011

Balong... Srikandi

Entah balong jenis apa ini, ST pn xtahu. Balong ini dimiliki oleh salah sekor induk pembaka utama ST yg diberi nama Srikandi utk tujuan ST nk upgredkan lg generasi Sri Kmnting ST utk produk yg seterusnya. Induk ini bagi ST mempunyai ciri2 yg agak lengkap. Srikandi jg mempunyai darah yg tersohor. Utk akan dtg, ST akan poskan gambar penuhnya. Srikandi ini hanya utk induk reban ST sahaja dan bukan utk bertanding. Buat masa skrg, Srikandi tengah bertelor.

10 May 2011

Samurai...Sayonara (Sold To Selangor)

Langkah gaya terakhir Samurai d reban ST. Petang semalam Samurai selamat berlepas dan sampai mlm td di reban salah seorang peminat serama yg tidak asing lg. Walaupn berat hati utk ST lepaskan Samurai ini, tp disebabkan janji lama dan utk eratkan persahabatan ST terpaksa lepaskannya. Sebenarnya Samurai ST nk jadikan sbgai backup kpd Sri kamunting, tp insyaAllah rezeki datang lg. ST harap Samurai lebih serasi di reban barunya dan menurunkan baka yg lebih mengancam.