10 March 2011

Adik Jentayu.. (sold)

Tino dara ini adalah adik kpd Jentayu. Tengah berjemur lepas mandi. Ekornya dh mula senget kerana tarik awal semasa usia kecil lg. Perkhabaran gembira juga buat ST ptg td kerana diberitahu oleh tuan baru kpd Jentayu bahawa Jentayu sudah mula bertelor dan mengeram dgn baik walaupun telornya hanya 4 biji. Harap Jentayu dapat menghasilkan anak2 yg lebih menawan. Walau bagaimanapun ST dh booking sekor tu.... he he insyaallah.

08 March 2011

Pelapis Sri Kamunting

Remaja ini adalah anak kpd Sri Kamunting.. Bru nk dtg perangai.

07 March 2011

Kemeriahan Serama Di Dada Akhbar Pada Tahun 2009-2010

Keratan akhbar... suasana di meja pertandingan..
Salah satu keratan akhbar tentang Pencarian Raja Serama Kenyir
Terengganu juga salah sebuah negeri yg banyak mendapat liputan meluas di dada akhbar tentang kemeriahan dunia serama masa kini
Terengganu salah sebuah negeri yg menjadikan ayam serama sebagai tarikan pelancong
Di majalah orang putih pn tidak ketinggalan berita tentang serama
Tidak ketinggalan, saudara Amer Penang (tengah)
Salah sekor serama yg mnjadi tarikan peminat serama 2009.

24 February 2011

Produk Terbaru 2011 Reban Aji Taiping.

Ini dia produk utk 2011 kepunyaan Aji Tpg rakan serama ST. Hasil dari baka terpilih dari reban beliau. Anak a ini mempunyai beberapa ciri keistimewaannya, buat msa ni memang aktif d meja. Tahniah buat Aji Tpg.
Ank a kepunyaan Aji Taiping ini adalah produk terbaru dari reban beliau utk 2011 ini. Mempunyai ciri2, tarik dan nmpak dh boleh selam, balong yg kecik serta jalan lonjak. Sudah bergaya xsepadan dgn usia.
anak a yg dh nampak potensinya.. insyaallah. Tahniah Aji. berkat kesabaran dlm menghasilkan baka serama yg lebih baik.

17 February 2011

Generasi Sri Kamunting

Induk ini merupakan anak kpd Sri Kamunting yg ST jadikan sebagai pelapis d kandang ST.

27 January 2011

Generasi Sri Kamunting- ank tino

Dah lama ST x update blog ni disebabkan sibuk dgn kerja2 awal tahun ni. ST dan Aji Tpg buat masa ni break sekejap dlm pengeluaran produk reban terbaru disebabkan kengkangan masa dan xdpt memberi tumpuan sepenuhnya. Walau bagaimanapun ST poskan gambar anak betina ini yg merupakan ank kpd Sri Kamunting. Ank tino ini telah berpindah milik.

11 January 2011

Ayam milik Otai serama d Klantan..

Pada penghujung tahun lpas semasa bercuti d kampung sempat ST melawat d rumah seorang otai d Klantan. gambar d atas adalah ayam yg bru masuk alam muda yg bru nk galak merupakan anak pure kpd Raja Ara milik beliau.

10 January 2011

Generasi Sri Kamunting- Jentayu (Sold)

Induk remaja generasi Sri Kamunting ini adalah hasil dari kacukan induk yg ST pinjam dari member Kelantan. Tentang baka dan darah induk ni xpayah la ST ceritakan demi janji ST dgn tuannya. Walau bagaimana pn itu xpenting bg ST. Yg penting adalah hasilnya. Hasilnya boleh la utk menyedapkan mata memandang. ST dah lepaskan induk remaja ini semasa blik cuti kt kmpung penghujung tahun lepas di Kelantan. ST harap tuannya nnti dapat infokan kpd ST tentang perkembangan Jentayu ini.
Induk remaja generasi kamunting ini sempat beberapa hari ST memberi namanya.. iaitu Jentayu. Mempunyai gaya yg cantik bila di atas meja, cara berjalannya tak ubah seperti bapaknya. Walau bagaimana pun Jentayu ini sudah dilamar orang pada penghujung tahun lepas iaitu semasa ST balik kampung bercuti di Kelantan. Semoga tuan barunya menjaganya dgn baik.
Induk remaja ini merupakan generasi kamunting. Semasa anak nampak biasa je tapi kebelakangan ini nampak semakin tarik dan nak selam.

03 December 2010

Pembaka...


Sri Binjai yg masih tengah meluruh ekor dan bulunya... menjadi pembaka sepenuh masa di reban ST.

15 November 2010

Aksi Sri Binjai

Aksi Sri Binjai yg suka mengangkat sebelah kakinya dan kuat kibas. Skrg tgh meluruh terutama pd bahagian ekornya yg belum siap.

28 October 2010

Hobi sampingan.....

Kelisa oh kelisa.. makmal kelisa yg blum masuk kolam.

Makmal penempatan anak2 kelisa

Suspen ni....Tarik pukat setiap 2 bulan sekali utk melihat hasilnya

Perbincangan rakan kongsi

Antara ank2 kelisa yg terhasil.. antaranya Gold & Hyback.

24 October 2010

Penyakit lama kembali...

Keratan akhbar dari Harian Metro. ST ada terbaca artikel ini, teringat kembali ST pada zaman kegemilangan serama pada tahun 2000 - 2003 dlu. "Penyakit lama kembali lg". ST xpasti sama ada kejadian di Muar ini melibatkan geng blogger kita atau tidak. Yang pasti kerja gila ini boleh mendatangkan hasil lumayan kepada yg melakukannya. Jadi sama2 lah kita waspada dan hati2 dengan serama kesayangan kita kerana ST pasti geng serama kita ini mempunyai ayam2 yg tinggi nilainya.

20 October 2010

anak b

Gmbar terkini anak b kpd sri kmnting yg ST pos gmbar semasa ank a di bawah. Walau bagaimanapun ank b ini sudah berada dgn pemilik barunya.

17 October 2010

anak a

anak a ini merupakan ank kpd sri kamunting dgn induk sri cempaka.. hanya 2 eko je dpt, keduanya jntan. Yg seko wrna kuning bnyak ikut bapaknya sri kmnting. Walau induk sri cempaka brwarna kuning cair namun anknya yg seko lg ni kluar warna putih hitam iaitu ke arah ara. ST x hairan sbb toknya sbelah ibunya memang warna ara. Kedua2 ank a ni telah bertukar hak milik.. nanti ST poskan gmbar terbaru ank2 ini nnti. Walau kita lihat yg wrna kuning nmpak cutting lebih elok dari yg hitam tu, tp ST pasti gaya yg wrna putih hitam tu lgi hebat sbb mengikut darah dari toknya ara yg terkenal jgk pada masa dulu. Tp benda hidup ni xtentu jgk, bergantung kpd rezeki jgk. Ape2 pn ST tetap bersyukur.

15 October 2010

Induk.. tarik dan gegar.

Dah lama ST tak  update blog ni kerana sibuk dgn kerja seharian dan masalah lain. Dikesempatan ini ST poskan salah sekor induk pembaka di reban ST yg diberi nama Sri Melor. Gambar induk ini semasa muda dan sekarang telah menghasilkan anaknya bersama Sri Kamunting. Walau bagaimana pun anaknya masih kecil lg. Nnti ST poskan gmbar ank-anaknya plak. Sri Melor ini berdarah husin + limbat.. Induk ini tarik dan gegar.

19 September 2010

Anak lapis pertama....

Ini pula adik beradik kepada gmbar di bawah.. gaya pn boleh la.. Klau dilihat hasil dr anak2 Sri Kamunting lapis pertama ini, ciri2nya lebih kepada bapaknya.. dari segi warna dan bentuk tubuh. Cuma yg ini berkaki hijau dan yg dibawah tu berkaki kuning.. sbb ST x pandai nk bercakap pasal gen2 ni.. main tengok je la. Yg ini juga telah dilamar oleh pemilik yg sama.. tamak betul org ni.. Ape2 pn ST bersyukur kerana hasil lapis pertama ini nampaknya boleh la utk menyedapkan mata dibela sebagai hobi.. klau utk bertanding tu ST tak gerenti la.. sbb semua ayam2 skrg ni power2.

Alhamdulillah...

Rasanya tidak terlambat utk ST ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Seperti yg dijanjikan ST akan poskan gmbar ank lapis pertama pembaka Sri Kamunting yg ada 2 ekor, kedua-duanya jantan. Walaubagaimana pn belum sempat diberi nama kedua-dua ank jntan ini kerana sudah dilamar oleh seorang kawan yg betul2 berminat. Katanya utk belaan sbagai hobi je dan bukan utk bertanding... xtahu betul ke x la katanya. Terpaksalah ST melepaskan kedua2nya dengan harga yg berpatutan. Ini adalah hasil pertama dari reban ST sndiri pada tahun ni.. boleh dikatakan rezeki la ni.. sayang memang sayang tapi ST dlm proses belajar dan mengkaji. Kalau tengok dari segi gaya pada umurnya ni.. boleh la.. sedap jgak la mata memandang. Bagi ST baik anak mcm ni tarik lambat sbb takut lari casis... Harap anak2 lapis pertama ini dijaga dgn baik oleh tuan barunya.. Alhamdulillah.

31 August 2010

Saje2......

Lagi aksi Sri Kamunting... setelah menjadi pembaka sepenuh masa di reban ST. Sedikit masa lagi ST akan poskan gambar anaknya plak..

29 August 2010

Santai... di hujung minggu..

Ini adalah gambar terkini Sri Kamunting di rebannya.. dia dh kena kerja lebih masa untuk keluarkan produk terbarunya.. Gayanya kini semakin mengancam... mgkin dikelilingi induk2nya. Kita tunggu je la jadi ke x produknya..

Santai..

Sri Kamunting dgn salah sekor induk pasangannya. Walaupun dijadikan pembaka sepenuhnya dan dilepaskan dgn induk sepenuh masa, ianya masih bergaya.

Induk - (sold out)

Dari baka Terengganu.

25 August 2010

anak tino -(sold out)

Harap tuan barunya berpuashati.. sebagai salam perkenalan.

Induk kandang Aji Tpg

Induk kandang kepunyaan Aji Taiping ini adalah dari baka Sri Paka dahulu.. satu-satunya induk baka dari Sri Paka (baka baharom) yg masih ada di Taiping ini. Maaf kerana gambar kurang memuaskan.

23 August 2010

Anak A - ( Sold Out )

Anak A ini pada mulanya disangkakan betina.. rupa2nya jantan. Dari penglihatan kasar ST anak A ini mempunyai aksesori yg agak elok.. balong kecil, bertubuh tinggi, kaki kuning batangnya halus. Warnanya pasti keluar rinting sbb bapak dan ibu asalnya juga rinting. Gaya di meja juga bleh tahan. Tapi atas desakan kawan2 terpaksalah ST lepaskan anak A ini. Harap anak A ini dapat mengembirakan kepada tuan barunya.....
Anak A ini berleher panjang...

17 August 2010

Serama Kepunyaan Aji Taiping

Gambar terkini Sri Delima kepunyaan Aji Taiping yg telah masuk ke alam muda.
Terkini

16 August 2010

Induk Kandang...

Sri Melor nama diberi ini adalah antara induk kandang ST... bakal digandingkan dgn Sri Jambu.. ST rasa Sri Melor ini sgt sesuai digandingkan dgn Sri Jambu kerana ia mempunyai darah dan ciri2 yg sesuai untuk digabungkan.. Sri Melor ini mempunyai tengkok gegar yg kuat dan balung agak kecil..Kita tunggu sajalah.. jadi atau tidak sebab ini adalah proses percubaan ST.

Induk Kandang...

Antara induk yg menjadi pembaka di reban ST.. Induk ini bakal digandingkan dgn Sri Jambu di reban ST.

15 August 2010

Lagi Koleksi Serama Aji Taiping

Ayam muda ini adalah kepunyaan Aji Taiping. Aym ini adalah satu2nya anak jantan yg tinggal hasil dari Sri Paka dulu.