28 August 2012

Lesung Mas Junior...

Ank kepada Lesung Mas ini aktif di meja dan ST namakannya Lesung Mas Junior.

ST harap Lesung Mas Junior ini dpt menjadi pelapis di reban ST nnti.. Insyaallah. Pembaka Lesung Mas ST adalah dari baka yg boleh dikatakan tersohor jgk.. Tp ST xberani nk beri kesahihan tentang baka dan darah ini.. Klau nk tahu lebih lanjut tentang darah dan bakanya boleh bertanyakan kpd Mengkb.

27 August 2012

Aktiviti Bersama Otai.. Pak Lias

Destinasi pertama bersama Pak Lias di rumah Aji Taiping.. Bnyak tips yg berguna yg ditunjukkan oleh Pak Lias dlm penjagaan aym serama.

Kelihatan saudara ckgu Mie Burung yg bnyak mengajukan pertanyaan tentang penjagaan aym serama...

"Mung keno buat lagu ni baru aye jadi molek".... itulah kata-kata Pak Lias dlm memberi tips yg berguna utk kami...

Inilah hasilnya.... aym milik ckgu Mie Burung.


15 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. dr ST

Dikesempatan ini ST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri utk smua geng serama. ST ingin memohon maaf jika ade terkasar bahasa @ yg boleh menyinggung perasaan sahabat serama smua. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari yg dinanti-nantikan oleh smua umat islam di seluruh dunia. ST juga dlm persiapan utk pulang ke kampung di Kelantan, tu yg update blog siap2 ni..

Dalam bulan Ramadhan ini juga ST dan sahabat di Taiping sempat berjumpa dgn salah seorang otai serama yg tidak asing lg iaitu Pak Lias yg kebetulan berkunjung ke rumah anaknya di Taiping.


Pertama kali ST dn sahabat bertemu mata dn berbual panjang dgn Pak Lias ni.. Orgnya sungguh mesra dn tidak kedekut utk berkongsi ilmu dlm dunia serama ini bersama ST yg masih baru dlm dunia serama ini.

06 August 2012

Ank c tino ... Lsung Mas

Salah sekor ank c betina Lesung Mas ST yg dh mula blajar tarik dan lonjak.. Aksesori boleh dikatakan tip top sbb bulu yg amat kemas, wrna gabungan kuning, hitam, putih dan kelabu... balong sangat halus dan kepala agak kecil.

Ini adalah keadaan tubuh aym ini semasa brdiri biasa dn blum tarik dn lonjak.....Baru 3 hari ST cuba asingkn dgn pasangannya.. dan baru mula nmpak tarik. Insyaallah ank c tino  ini akan dilamar oleh seorang sahabat serama.


04 August 2012

Ara Sri Bonat (Banam)....SOLD

Ara Sri Bonat (Banam) telah berpindah milik ke Kelantan iaitu Saudara MengKB... Hanya tinggal generasinya di reban ST insyaallah. ST terpaksa lepaskan Bonat ini kerana memikirkan susah utk nk tinggal semasa cuti raya nnti. Dah beberapa ekor lg yg terpaksa ST lepaskan walaupun berat hati utk berbuat demikian. Antara pencapaian ara Bonat sblm ini ialah 
*No.2  - 4th Feb 2012
*No.1 -10th Feb 2012
*No.1 -11th Feb 2012
*No.8 -  7th Julai 2012

Ara Bonat adalah ayam aktif di meja... gaya yg pernah diperolehinya ialah 23.5 dan paling rendah 22.5.


01 August 2012

Anak c.. ara

Anak c ara ini adalah ank kpd srikandi dgn sri bonat ara ST. Perangai blum dtg sepenuhnya lg tp skali skala lonjak tu sedap jgk mata memandang. Adik beradik betinanya sudah dilamar oleh seorang rakan.
Cutting tinggi dan leher panjang.... tp gaya atas meja xlekat lg.. tu yg bubuh serkup tu.... hehehe


28 July 2012

Salam Ramadhan.....

Salam Ramadhan ST ucapkan utk smua umat islam amnya dan buat geng serama khasnya. Dah lama ST x update blog ni memandangkan bnyak kerja2 yg perlu diselesaikan..... Tak ada ape yg dpt ST poskan, cuma aym2 pembaka di reban ST yg xseberapa ini.

Inilah induk tertua di reban ST yg masih berjasa.... Srikandi.. Dulu induk ni ST beli dari Poknan Tumpat. Beberapa generasinya di reban ST dah melahirkan anak dan cucu yg amat membanggakan ST. Terbaru utk thn 2012 ini cucunya yg telah berpindah milik kpd seorang rakan serama telah menunjukkan aksi yg membanggakan di beberapa bon bersama tuan barunya... Alhamdulillah.

Inilah cucu kpd induk Srikandi ST di atas.. gambar ini ST terima melalui mms dari pemilik barunya.. Semasa remaja ayam ini telah menjuarai kategori remaja dan sekaligus merangkul BOTB di bon Melaka baru2 ini (2012). Terbaru aym ini mendapat tmpat ke-3 kategori remaja di bon Kedah ( Julai 2012).. Tahniah kpd pemilik barunya kerana menjaganya dgn baik dan sentiasa memberi info kpd ST.

Inilah Srikandi semasa usia muda... skrg dh xterurus kerana menjadi pembaka sepenuh masa dan faktor usia yg dh lanjut. Walaubagaimana pn skrg ini Srikandi masih mengeluarkan produknya... Alhamdulillah.

12 July 2012

Anak a kpd pembaka ara ST.

Anak a jantan..ini adalah anak kpd pembaka ara ST iaitu Sri Bonat. Ade sekor lg adik betinanya yg mempunyai cutting yg lebih kurang sama dgnnya. Ini adalah hasil daripada kacukan dgn induk reban ST iaitu Srikandi. Tp dh ada yg merisik...

10 July 2012

Saguhati je... di bon Kedah minggu lepas.

Ayam geng Serama Taiping milik Ckgu Mie Burung sekadar meraih saguhati dalam kategori muda d bon Kedah mggu lepas. Alhamdulillah... kerana first time aym ni masuk bon.

Ayam pembaka ara ST juga sekadar tempat ke-8 (saguhati je la) dalam kategori tanpa lawi. Kalau tengok pn tahu, mesti kena punya sbb banyak yg xsiap... tapi markah gaya bleh tahan.. so blik je dari bon terus jadi pembaka 24 jam..

09 July 2012

Sekitar Bon Kedah... 7 Julai 2012 yg sempat ST rakam.

Sekitar bon Kedah pada 7 Julai 2012 yg sempat ST rakam. Terdapat juga pertandingan burung murai batu, murai kampung dan merbah jambul. 

Pelbagai aksi peserta di sekitar bon di Alor Star ini.

Semasa acara BOTB berlangsung... saingan sengit antara aym kategori A dgn kategori B.

Saingan antara ayam a milik Kuzai Group dgn ayam b milik Pok8.

Johan kategori A dan BOTB milik Kuzai Group

Johan kategori B milik Pok8

03 July 2012

Remaja ke Muda Ara Ank Kpd Lsg Mas.....

Anak kpd Lesung Mas ini hasil kacukan induk wrna kuning. Walau mak bapak warna kuning tp hasilnya keluar ara jgk... Ayam remaja nk ke muda ini baru nk galak. Adiknya menyerlah jgk di bon Melaka yg lepas.


Gaya kibas di meja bleh tahan jgk la... tp di bon blum tentu lg tu.. hehehe
Pandangan dari belakang....
Cutting sederhana je.....

29 June 2012

Anak a... Lsg Mas

Salah sekor anak a kpd Lesung  Mas ST. Pada pengamatan ST ank a ini adalah betina tp perangainya mcm ank jntan plak.

26 June 2012

Pembaka Kuning... ST

Lesung Mas.... pembaka kuning di reban ST yg banyak berjasa dalam menghasilkan generasinya. Sekor lg pembaka ST yg berwarna ara.. akan ST poskan gmbarnya nanti.

24 June 2012

Ayam Kecik Molek.. Milik Sdr Mie Kebab.

Pada minggu lepas sya dan Aji Tpg sempat singgah di reban saudara Mie Kebab. Dah lama abg Mie Kebab ni menjemput kami ke rebannya tp kali ini baru berkesempatan. Biasa la kalau dh sampai, layanan abg Mie Kebab ni memang  mesra. Sempat ST snap gambar ayam kuning kecik molek miliknya yg pernah bergelar johan dan botb. 
Aym warna kuning, kecik molek dan bergaya.... yg belakang baju warna hitam tu pelapis abg Mie Kebab.

Tu dia abg Mie Kebab dan ST bersama aym kecik moleknya yg diberi nama, klau xsilap ST Sri Ketupat.   

Ini pula abg Mie Kebab bersama Aji Tpg... otai serama taiping.
Ini pulak ayam yg telah banyak berjasa kpd saudara Mie Kebab iaitu Keris Mas.
Last kali dh selesai borak pasal serama ni, abg Mie Kebab cakap klau tak pekena nasi kandaq mmg tak sah lah klau dh datang Penang. So apa lagi....... fuuuhhh.. Trima kasih buat abg Mie Kebab atas layanan yg diberikan dan belanja ST dan Aji Tpg mkn nasi kandaq..

23 June 2012

AL-FATIHAH...

ST juga menerima perkhabaran drpd beberapa org sahabat serama tentang berita pemergian seorang rakan kita dalam dunia serama ini iaitu Cikgu Din Kelang. Dgn ini sama-samalah kita menghadiahkan AL-FATIHAH.....

18 May 2012

Generasi Sri Kamunting.... anak a

Pandangan sisi.. Wolverine cucu kpd Sri Kamunting adalah pelapis reban milik saudara Zam Serama Cheras.

Wolverine adalah anak kpd Kouga... mempunyai ciri2 yg memuaskan.

14 May 2012

Induk Reban ST...

Selam cangkung

Selam berdiri

Selam lonjak

12 May 2012

Muda...

Maaf gmbar kabur sbb guna tipon murah je..  Muda kuning yg telah selamat berpindah hak milik.

24 April 2012

SiPutih...Pembaka Aji Tpg.

SiPutih salah seko pembaka di reban Aji Tpg.. Dah lama ST xke reban Aji Tpg disebabkan masing2 sibuk dgn urusan kerja dan keluarga. Di sini ST sempat snap salah seko pembaka di reban Aji Tpg.



Ayam ni dah mula galak. Ade beberapa ekor produk terbaru Aji Tpg yg ST lihat boleh diketengahkan, so sama2lah kita tggu. Klau berminat bolehlah merisik dgn Aji Tpg sndiri..Aji Tpg dan ST pn dah lama xke bon disebabkan sibuk dgn kerja. Setiap hari sabtu xpernah ade free... fuuhhh penat. Target utk 2012 pn xde lg...

20 April 2012

Induk Reban..

Induk kuning ini adalah sedarah dgn pembaka ST Lesung Mas. Untuk 2012 ini ST masukkan induk ini dgn bapak pembaka ara ST iaitu Sri Bonat utk melihat perubahan produk ST yg terbaru...Insyaallah.

19 April 2012