03 May 2011

Anak Tino..

Anak tino ini adalah milik geng serama taiping iaitu saudara Mie Burung. Ank tino ini mempunyai ciri2 yg agak elok utk dibuat baka. Mempunyai gaya di atas meja dan sudah pandai mengibas walaupun masih anak a dan betina. Hasil adunan beberapa darah dari geng serama taiping.
Anak tino ini suidah pandai bergaya di atas meja.

01 May 2011

Kunjungan Rakan Serama..

Terima kasih ST ucapkan kpd rakan blogger kita dan juga peminat serama yg tidak asing lg iaitu saudara MengKB brsama adiknya dr Kelantan dan saudara Khairul (Serama Krule) brsama rakannya dr Alor Star Kedah yg sudi dtg ke rumah ST yg tak seberapa ni pada 29hb April 2011. Agak terkilan saudara Khairul kerana xsempat brjumpa dgn Aji Tpg yg agak lambat sampai ke rumah ST pd msa tu. Walau bagaimana pn MengKB sempat berbual panjang bersama Aji Tpg slps itu. Trima kasih buat MengKB dn saudara Khairul.
Saudara Khairul sedang mempelajari sesuatu dari MengKB sewaktu di rumah ST sambil diperhatikan oleh 2 org rakan lain.
Saudara MengKB sedang menunjukkan sesuatu kpd saudara Khairul (Serama Krule).

29 April 2011

Induk Reban...

Induk reban ST yg bru lepas dimandikan dan sedang berjemur.

26 April 2011

Pencapaian ST d Bon Penang 23/4/2011

* Gambar di atas adalah aym kepunyaan geng ST iaitu Aji Taiping. Induk ini menduduki tempat ke- 4. Walau bagaimana pun induk ini mendapat markah gaya tertinggi di bon penang ini iaitu 23.0. Induk ini terlalu muda utk bersaing dgn pesaing2nya dan ekor yg tidak siap. Ini adalah kali pertama induk ini msuk bon utk test fomnya, namun prestasinya pd kali ini tidak mengecewakan. 
* Anak B ST juga menduduki tempat ke- 4 dengan markah gayanya 17.0.
* Induk ST pula sekadar mendapat saguhati.- prestasinya agak mengecewakan mgkin disebabkan induk ST ini sedang bertelor. Maaf ST xsempat nk snap gambar ank B dan induk ST ini. Insyaallah nnti ST postkan gambr2nya.

24 April 2011

Tahniah Penang Serama Group

Tahniah kpd Penang Serama Group di atas penganjuran pertandingan serama pada 23hb April 2011. Kira bon besar jgk di kawasan utara tanah air pada tahun ini. Di sini ada beberapa gambar yg sempat ST snap di bon tersebut. Terlebih dahulu ST mohon maaf jika ada tersnap gmbar2 saudara yg sengaja @ tidak disengajakan di sini.

Suasana di luar dewan pertandingan
Suasana di dlm dewan pertandingan.. kelihatan saudara Mie Kebab sempat berbual dgn otai Hj. Iskandar.
Suasana pertandingan dan meja pengadilan
Semasa pertandingan BOTB.

20 April 2011

Mai Jange Tak Mai.. Bon Penang 23 April 2011- Sabtu

Bon terdekat buat masa ni adalah di Simpang Empat, Permatang Buluh Sungai Dua, Seberang Perai Utara. Di bawah anjuran Penang Serama Group. Hadiah dan cabutan bertuah boleh tahan jgk tu.. Tahniah ST ucapkan kepada Mie Kebab, Jas, Mizi n the geng dalam penganjuran kali ini. Beberapa hari lepas ST dan Aji Tpg sempat berbual dgn saudara Mie Kebab bersama isterinya yg betandang ke Taiping. Tapi bukan tujuan serama... tp "Ayam Berduri". Kata Mie Kebab sambil ketawa... He he he... Buah durian la tu... skrg ni di Taiping boleh di katakan musim durian yg tengah mula meluruh... Durian, durian jgk tp cerita pasal serama dan pasal penganjuran ni memang tidak ketinggalan laa... Kata Mie Kebab, beliau dn geng serama penang yg lain banyak berkorban dlm menjayakan bon pada kali ini demi utk memuaskan hati semua pihak.. ST dan Aji Tpg akan memberi sokongan sepenuhnya walau xde ayam yg layak masuk bon kali ini. Harap semuanya akan berjalan lancar dan semua pihak berpuas hati demi menghidupkan Dunia Serama ini. ST juga pasti ayam2 Juara dari Kelantan, Terengganu, KL, Selangor, Melaka, N9, Kedah dan seluruh tanah air ini akan datang berentap dan menambah koleksi Juaranya. HIDUP SERAMA.

12 April 2011

Lagi Generasi Sri Kemunting.....

Hasil kacukan Sri Kamunting dgn induk otai Hj Iskandar Keramat. 

11 April 2011

Generasi Sri Kamunting

Anak kpd sri kmnting yg sudah masuk alam muda. Aym muda ini skrg sudah berpindah hak milik dan berada di reban otai klantan.

05 April 2011

Induk Kandang.... Berpindah Milik.

Antara induk kandang kesayangan ST... ank kpd Sri Kamunting yg telah bnyk berjasa kpd ST. Memandangkan ST mmpunyai pelapis baru sebagai penggantinya dan bilangan reban yg terhad di rumah ST, jadi ST dgn rela hatinya melepaskan induk ini kpd seorang rakan dn peminat srama yg tidak asing lg.
Semoga pemilik barunya akan dpt melahirkan generasi yg lebih mengancam..

03 April 2011

Sepetang Di Reban Serama Ipoh...

Ini dia saudara Pi... Serama Ipoh. Dah bertahun ST duk bercakap dlm talipon, bru smalam dpt bersua muka. Orangnya sungguh baik dan senang dibawa berbincang. ST singgah di reban beliau sambil melihat produk2 terbaru beliau. Walaubagaimana pun sebelum pulang, ST dapat buah tangan dari saudara Pi... Alhamdulillah.. trima kasih banyak2 kpd saudara Pi. ST harap saudara Pi akan dpt mengeluar hasil produknya sndiri yg lebih mengancam. Itulah dunia serama... dpt mengeratkan lg persahabatan....
Salah sekor induk pembaka di reban Serama Ipoh... saudara Pi. Banyak lg induk2 yg terdapat di reban beliau yg mengancam dari pelbagai darah.
Antara pembaka yg ada di reban Serama Ipoh.. saudara Pi.

02 April 2011

Anak a-b Sri Kamunting..... (Sold)

Anak kpd Sri Kamunting ini mmpunyai ciri2 hampir sama seperti bapaknya.. cuma pd pengamatan ST, bapaknya nmpak lebih tinggi. Walaubagaimana pun anak ini telah pn berpindah hak milik...

01 April 2011

Samurai...

Samurai ini adalah hasil kacukan Sri Kamunting dgn induk Hj. Iskandar Keramat. Gambar ini adalah semasa Samurai anak b.

28 March 2011

Anak a-b Sri Kamunting..... ( Sold - Ipoh)

Anak a-b ini anak kpd Sri Kamunting. Kali ini ank2 Sri Kamunting kluar wrna kubing dan ara rintik.Itu xpelik bg ST sbb induknya adalah dari darah ara tersohor jgk la. Seko je betina wrna kuning. Wrna bg ST xpenting sgt.. yg penting gaya dn betuk badan yg menarik. Anak a-b ini blum galak sepenuhnya tp aksi tarik lentik tu dah ada... lihat aksi gambarnya di atas yg dh mula tarik lentik.

26 March 2011

Induk Kebatik MengKB.....

Induk Kebatik yg brnama Dina, nama yg di berikan oleh Mengkb sndiri sblum ini berada di reban ST utk digandingkan dgn Sri Kamunting. Terima kasih Meng kerana bg ST pinjam induk ini utk sementara waktu. Bg ST induk ini mempunyai beberapa ciri yg menarik dan berlainan dari induk2 yg berada d reban ST. Harap Dina ini dpt mengeluarkan hasil yg lebih mengancam brsama Sri Kamunting.. Trima kasih skali lg kpd Mengkb kerana mmberi kepercayaan kpd ST utk menjaga induk kebatiknya ini.
d
Induk ini dari bka kebatik MengKB. Meng bg ST pinjam induk ni utk dikahwinkan dgn Sri Kamunting. Induk kebatik ini agak garang dn mmpunyai gayanya yg tersndiri. Insyaallah drpd campuran induk kebatik Meng ini, generasi Sri Kamunting dpt melahirkn generasi yg lebih elok.

25 March 2011

Ank Tino Generasi Sri Kamunting.... (Sold)

Anak tino kpd Sri Kamunting ini telah berpindah hak milik kpd seorang peminat serama di Kelantan. Anak tino ini mempunyai ciri2 yg agak menarik walaupun ianya tidak sehebat Jentayu.
Seko lg anok tino kpd Sri Kamunting yg mempunyai bentuk badan yg agak menarik.

24 March 2011

Anak Tino... (Sold)

Anok tino kpd Sri Kamunting ini sesuai utk dijadikan pembaka.

23 March 2011

Aksi.....Pembaka Sepenuh Masa

video aksi sri binjai yg menjadi pembaka sepenuh msa d reban ST.

Anok Tino d Reban Aji Taiping

Anok tino ini adalah hasil produk d reban Aji Taiping.. Ayam bersaiz kecil dan mmpunyai gaya selam yg menarik. Anok tino ini blum masuk usia remaja..

22 March 2011

Induk Reban...

Induk ini dijadikan pembaka sepenuh masa d reban ST.

20 March 2011

Induk Reban..

Induk reban ST minah kubing ini adalah adik beradik kandung kpd beradiknya jantan yg top jgk la pd masa skrg. Induk ini ST beli semasa ianya usia remaja. Walau bagaimana pun beberapa hari yg lepas, minah kubing ini telah berpindah reban.. tp bukan pindah hak milik.

10 March 2011

Adik Jentayu.. (sold)

Tino dara ini adalah adik kpd Jentayu. Tengah berjemur lepas mandi. Ekornya dh mula senget kerana tarik awal semasa usia kecil lg. Perkhabaran gembira juga buat ST ptg td kerana diberitahu oleh tuan baru kpd Jentayu bahawa Jentayu sudah mula bertelor dan mengeram dgn baik walaupun telornya hanya 4 biji. Harap Jentayu dapat menghasilkan anak2 yg lebih menawan. Walau bagaimanapun ST dh booking sekor tu.... he he insyaallah.

08 March 2011

Pelapis Sri Kamunting

Remaja ini adalah anak kpd Sri Kamunting.. Bru nk dtg perangai.

07 March 2011

Kemeriahan Serama Di Dada Akhbar Pada Tahun 2009-2010

Keratan akhbar... suasana di meja pertandingan..
Salah satu keratan akhbar tentang Pencarian Raja Serama Kenyir
Terengganu juga salah sebuah negeri yg banyak mendapat liputan meluas di dada akhbar tentang kemeriahan dunia serama masa kini
Terengganu salah sebuah negeri yg menjadikan ayam serama sebagai tarikan pelancong
Di majalah orang putih pn tidak ketinggalan berita tentang serama
Tidak ketinggalan, saudara Amer Penang (tengah)
Salah sekor serama yg mnjadi tarikan peminat serama 2009.

24 February 2011

Produk Terbaru 2011 Reban Aji Taiping.

Ini dia produk utk 2011 kepunyaan Aji Tpg rakan serama ST. Hasil dari baka terpilih dari reban beliau. Anak a ini mempunyai beberapa ciri keistimewaannya, buat msa ni memang aktif d meja. Tahniah buat Aji Tpg.
Ank a kepunyaan Aji Taiping ini adalah produk terbaru dari reban beliau utk 2011 ini. Mempunyai ciri2, tarik dan nmpak dh boleh selam, balong yg kecik serta jalan lonjak. Sudah bergaya xsepadan dgn usia.
anak a yg dh nampak potensinya.. insyaallah. Tahniah Aji. berkat kesabaran dlm menghasilkan baka serama yg lebih baik.

17 February 2011

Generasi Sri Kamunting

Induk ini merupakan anak kpd Sri Kamunting yg ST jadikan sebagai pelapis d kandang ST.

27 January 2011

Generasi Sri Kamunting- ank tino

Dah lama ST x update blog ni disebabkan sibuk dgn kerja2 awal tahun ni. ST dan Aji Tpg buat masa ni break sekejap dlm pengeluaran produk reban terbaru disebabkan kengkangan masa dan xdpt memberi tumpuan sepenuhnya. Walau bagaimanapun ST poskan gambar anak betina ini yg merupakan ank kpd Sri Kamunting. Ank tino ini telah berpindah milik.

11 January 2011

Ayam milik Otai serama d Klantan..

Pada penghujung tahun lpas semasa bercuti d kampung sempat ST melawat d rumah seorang otai d Klantan. gambar d atas adalah ayam yg bru masuk alam muda yg bru nk galak merupakan anak pure kpd Raja Ara milik beliau.

10 January 2011

Generasi Sri Kamunting- Jentayu (Sold)

Induk remaja generasi Sri Kamunting ini adalah hasil dari kacukan induk yg ST pinjam dari member Kelantan. Tentang baka dan darah induk ni xpayah la ST ceritakan demi janji ST dgn tuannya. Walau bagaimana pn itu xpenting bg ST. Yg penting adalah hasilnya. Hasilnya boleh la utk menyedapkan mata memandang. ST dah lepaskan induk remaja ini semasa blik cuti kt kmpung penghujung tahun lepas di Kelantan. ST harap tuannya nnti dapat infokan kpd ST tentang perkembangan Jentayu ini.
Induk remaja generasi kamunting ini sempat beberapa hari ST memberi namanya.. iaitu Jentayu. Mempunyai gaya yg cantik bila di atas meja, cara berjalannya tak ubah seperti bapaknya. Walau bagaimana pun Jentayu ini sudah dilamar orang pada penghujung tahun lepas iaitu semasa ST balik kampung bercuti di Kelantan. Semoga tuan barunya menjaganya dgn baik.
Induk remaja ini merupakan generasi kamunting. Semasa anak nampak biasa je tapi kebelakangan ini nampak semakin tarik dan nak selam.