SELAMAT DATANG kpd GENG SERAMA. Serama merupakan hobi sejagat yang pada masa ini begitu diminati oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya. Marilah kita memeriahkan lagi dunia serama ini dan biarlah ianya kekal lebih lama. Oleh itu sama-samalah kita memartabatkan lagi dunia serama pada tahun ini dan seterusnya. Blog ini adalah sekadar untuk tatapan dan hobi semata-mata.
27 January 2011
11 January 2011
Ayam milik Otai serama d Klantan..
10 January 2011
Generasi Sri Kamunting- Jentayu (Sold)
![]() |
| Induk remaja ini merupakan generasi kamunting. Semasa anak nampak biasa je tapi kebelakangan ini nampak semakin tarik dan nak selam. |
20 December 2010
03 December 2010
15 November 2010
Aksi Sri Binjai
28 October 2010
Hobi sampingan.....
| Kelisa oh kelisa.. makmal kelisa yg blum masuk kolam. |
| Makmal penempatan anak2 kelisa |
| Suspen ni....Tarik pukat setiap 2 bulan sekali utk melihat hasilnya |
| Perbincangan rakan kongsi |
| Antara ank2 kelisa yg terhasil.. antaranya Gold & Hyback. |
24 October 2010
Penyakit lama kembali...
![]() |
| Keratan akhbar dari Harian Metro. ST ada terbaca artikel ini, teringat kembali ST pada zaman kegemilangan serama pada tahun 2000 - 2003 dlu. "Penyakit lama kembali lg". ST xpasti sama ada kejadian di Muar ini melibatkan geng blogger kita atau tidak. Yang pasti kerja gila ini boleh mendatangkan hasil lumayan kepada yg melakukannya. Jadi sama2 lah kita waspada dan hati2 dengan serama kesayangan kita kerana ST pasti geng serama kita ini mempunyai ayam2 yg tinggi nilainya. |
20 October 2010
anak b
![]() |
| Gmbar terkini anak b kpd sri kmnting yg ST pos gmbar semasa ank a di bawah. Walau bagaimanapun ank b ini sudah berada dgn pemilik barunya. |
17 October 2010
anak a
| anak a ini merupakan ank kpd sri kamunting dgn induk sri cempaka.. hanya 2 eko je dpt, keduanya jntan. Yg seko wrna kuning bnyak ikut bapaknya sri kmnting. Walau induk sri cempaka brwarna kuning cair namun anknya yg seko lg ni kluar warna putih hitam iaitu ke arah ara. ST x hairan sbb toknya sbelah ibunya memang warna ara. Kedua2 ank a ni telah bertukar hak milik.. nanti ST poskan gmbar terbaru ank2 ini nnti. Walau kita lihat yg wrna kuning nmpak cutting lebih elok dari yg hitam tu, tp ST pasti gaya yg wrna putih hitam tu lgi hebat sbb mengikut darah dari toknya ara yg terkenal jgk pada masa dulu. Tp benda hidup ni xtentu jgk, bergantung kpd rezeki jgk. Ape2 pn ST tetap bersyukur. |
15 October 2010
Induk.. tarik dan gegar.
Dah lama ST tak update blog ni kerana sibuk dgn kerja seharian dan masalah lain. Dikesempatan ini ST poskan salah sekor induk pembaka di reban ST yg diberi nama Sri Melor. Gambar induk ini semasa muda dan sekarang telah menghasilkan anaknya bersama Sri Kamunting. Walau bagaimana pun anaknya masih kecil lg. Nnti ST poskan gmbar ank-anaknya plak. Sri Melor ini berdarah husin + limbat.. Induk ini tarik dan gegar.
19 September 2010
Anak lapis pertama....
Alhamdulillah...
![]() |
| Rasanya tidak terlambat utk ST ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Seperti yg dijanjikan ST akan poskan gmbar ank lapis pertama pembaka Sri Kamunting yg ada 2 ekor, kedua-duanya jantan. Walaubagaimana pn belum sempat diberi nama kedua-dua ank jntan ini kerana sudah dilamar oleh seorang kawan yg betul2 berminat. Katanya utk belaan sbagai hobi je dan bukan utk bertanding... xtahu betul ke x la katanya. Terpaksalah ST melepaskan kedua2nya dengan harga yg berpatutan. Ini adalah hasil pertama dari reban ST sndiri pada tahun ni.. boleh dikatakan rezeki la ni.. sayang memang sayang tapi ST dlm proses belajar dan mengkaji. Kalau tengok dari segi gaya pada umurnya ni.. boleh la.. sedap jgak la mata memandang. Bagi ST baik anak mcm ni tarik lambat sbb takut lari casis... Harap anak2 lapis pertama ini dijaga dgn baik oleh tuan barunya.. Alhamdulillah. |
31 August 2010
Saje2......
29 August 2010
Santai... di hujung minggu..
Santai..
25 August 2010
Induk kandang Aji Tpg
23 August 2010
Anak A - ( Sold Out )
17 August 2010
16 August 2010
Induk Kandang...
Induk Kandang...
15 August 2010
Lagi Koleksi Serama Aji Taiping
11 August 2010
Induk Kandang ke- 2- Sri Cempaka
10 August 2010
09 August 2010
Induk Kandang - Sri Mawar
Induk kandang yg diberi nama sri mawar ini adalah salah sekor induk kandang di Serama Taiping... dipasangkan dengan Sri Kemunting.. Induk ini dari baka otai dari pantai timur.
28 July 2010
Serama B koleksi Aji Taiping
Serama B ini juga merupakan antara koleksi yg pernah menghuni di reban Aji Taiping. Serama B dari baka terengganu ini juga pernah mendapat tempat yg memberangsangkan di bon utara pada awal tahun ini. Walau bagaimana pun ayam ini hanya tinggal kenangan... cuma yg ada skrg pelapis2nya sahaja.
16 July 2010
Remaja Goku Tpg
Remaja Goku Tpg blum siap sepenuhnya. Goku Tpg ini pernah menjadi johan semasa anak A di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2010. Goku Tpg ini dibeli semasa anak B dari reban Otai Keramat iaitu Hj Iskandar.
13 July 2010
Remaja Sri Jambu..
Remaja Sri Jambu ini pernah menjadi Johan dalam kategori remaja di bon Tebengau Kedah pada 3/7/10 baru2 ini bersama2 dgn Sri Delima Aji Taiping.... Ayam remaja Sri Jambu ini adalah dari baka otai serama yg tidak asing lg di arena serama dari pantai timur.
12 July 2010
Sri Delima semasa anak b
Ini adalah gambar Sri Delima semasa anak b kepunyaan Aji Taiping. Ayam ini adalah dari baka terpilih dari reban otai serama yg tidak asing lg di arena serama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)































