16 August 2010

Induk Kandang...

Antara induk yg menjadi pembaka di reban ST.. Induk ini bakal digandingkan dgn Sri Jambu di reban ST.

15 August 2010

Lagi Koleksi Serama Aji Taiping

Ayam muda ini adalah kepunyaan Aji Taiping. Aym ini adalah satu2nya anak jantan yg tinggal hasil dari Sri Paka dulu.

11 August 2010

Induk Kandang ke- 2- Sri Cempaka

Induk ke-2 yg diberi nama Sri Cempaka ini  merupakan induk kandang di ST. Sri Cempaka ini adalah induk terpilih dari darah baka otai serama di pantai timur jga. Sri Cempaka ini  telah digandingkan dengan Sri Kamunting.

09 August 2010

Induk Kandang - Sri Mawar


Induk kandang yg diberi nama sri mawar ini adalah salah sekor induk kandang di Serama Taiping... dipasangkan dengan Sri Kemunting.. Induk ini dari baka otai dari pantai timur.

28 July 2010

Serama B koleksi Aji Taiping

Serama B ini juga merupakan antara koleksi yg pernah menghuni di reban Aji Taiping. Serama B dari baka terengganu ini juga pernah mendapat tempat yg memberangsangkan di bon utara pada awal tahun ini. Walau bagaimana pun ayam ini hanya tinggal kenangan... cuma yg ada skrg pelapis2nya sahaja.

Serama koleksi Aji Taiping

 Serama ini adalah antara koleksi yg ada di reban Aji Taiping.


16 July 2010

Remaja Goku Tpg

Remaja Goku Tpg blum siap sepenuhnya. Goku Tpg ini pernah menjadi johan semasa anak A di Kuala Terengganu pada 1 Mei 2010. Goku Tpg ini dibeli semasa anak B dari reban Otai Keramat iaitu Hj Iskandar.

13 July 2010

Remaja Sri Jambu..

Remaja Sri Jambu ini pernah menjadi Johan dalam kategori remaja di bon Tebengau Kedah pada 3/7/10 baru2 ini bersama2 dgn Sri Delima Aji Taiping.... Ayam remaja Sri Jambu ini adalah dari baka otai serama yg tidak asing lg di arena serama dari pantai timur.

12 July 2010

Sri Delima semasa anak b

Ini adalah gambar Sri Delima semasa anak b kepunyaan Aji Taiping. Ayam ini adalah dari baka terpilih dari reban otai serama yg tidak asing lg di arena serama ini.

11 July 2010

Remaja Kepunyaan Aji Taiping

Serama Remaja ini kepunyaan Aji Taiping. Baru-baru ini remaja ini telah mendapat tempat dalam ranking top ten dalam kategori Serama Remaja di bon Tebengau Kedah pada 03/07/2010.Di dalam pertandingan kategori remaja ini sebanyak 90 ekor ayam yg telah menyertainya.

06 July 2010

Alhamdulillah....

Alhamdulillah... itulah ungkapan yg dpt ST ungkapkan kerana dapat juga kami kembali semula bersama kawan2 serama di seluruh Malaysia ini. Terima kasih diucapkan tak terhingga kepada kawan2 serama, geng blogger serama dan otai2 serama kerana selama ini banyak telah memberi semangat dn tunjuk ajar kepada geng ST untuk kembali semula bagi memeriahkan dunia serama yg semakin rancak ini. Geng ST sebenarnya mahu menumpukan kepada pembiakan kerana kami dlm proses blajar dan mengkaji. Tp baru2 ini secara kebetulan ada bon plak kt Kedah dan rakan2 serama ramai yg ajak menyertai bon.. jd kami pergi jgak mencuba nasib.

Buat pertama kalinya pd tahun ini.. geng ST telah menyertai pertandingan serama di bon Tebengau Kedah pada 03/07/2010. Terima kasih kepada pihak penganjur dan rakan2 kerana menyedia banyak kemudahan dan makan minum untuk peserta2. Memang seronok dan bagus bila pergi bon ni... ramai kenalan lama dan baru dpt berjumpa.. nak sebut nama pn banyak sgt ni.. geng blogger serama pn ramai jgk.. ayam pn smua power2.. So kita sama2 lah jaga martabat dunia serama ini supaya lebih kekal lama.

04 May 2010

Musim Sepi... buat Serama Taiping

Salam buat kenalan smua.. kini musim sepi buat ST kerana tanpa kokokan serama... yg kebnyakkan telah berpindah hak milik kerana keadaan yg terpaksa.. hanya kenalan terdekat dan member serama yg selalu contact je yg mengetahui cerita sebenar.. walaubagaimana pn ST dlm proses mengutip  balik baka2 yg pernah ST hasilkn sebelum ini... so tengok la berjaya atau tidak ST untuk memujuk tuan2nya itu. Memang sunyi dan boring tanpa serama ni.. walaupun dulu d reban ST hanya ada 2-3 ekor jer.. dengar khabar juga pembaka Sri Paka telah pn mati mengejut d tangan pemilik barunya.... bertambah lagi laa sepinya... Walaubagaimana pn ST sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia serama skrg yg begitu hangat.. so SYABAS kpd pemilik2 serama yg telah berjaya samaada yg baru @ otai2 dan sifu2.....HIDUP SERAMA.

23 March 2010

Induk Dara.. ( Sold Out )

Induk dara ni adalah baka dr Sri Paka.. insyallah induk ini akan dijadikan induk kandang di Serama Taiping plak.

07 February 2010

Sri Paka (pembaka sepenuh masa)- Sold Out... Terkini dngar khabar Sri Paka telah mati mengejut pada pemilik barunya.


Gambar terkini Sri Paka yg menjadi pembaka full time di reban kami. Ayam baka dari Baharom ini telah menghasilkan anak2 yg agak menjadi hampir 95% iaitu dikacukkan dengan induk dari Cikgu Mie Keris. Anak sulung Sri Paka ini juga telah mendapat tempat yg membanggakan dlm pertandingan setelah berada ditangan tuan barunya. Namun sekarang Serama Taiping hanya menyimpan koleksi anak betinanya sebagai pelapis induk kandang. Setakat ini 3 orang pemilik (pembeli) anak Sri Paka ini amat berpuas hati dengan potensi anak2 yg dibelinya. Walau bagaimana pun nama pembeli adalah rahsia... itu prinsip kami.. jangan mare ye...

01 February 2010

Si Tompok Manggis

Si tompok manggis ini adalah antara koleksi yg pernah berada di Serama Taiping group. Induk ini bertelur elok dan telah dibeli oleh rakan serama di Besut.

Induk Remaja - Sold Out

Induk remaja ini adalah salah sekor dijadikan induk kandang di Serama Taiping Group.

30 January 2010

Remaja selepas pulih

 
Dan inilah hasilnya selepas seminggu mendapat rawatan pemulihan akhlak... Remaja ini akan dilamar oleh seorang rakan serama di Perak. Kesimpulannya begitulah potensi ayam serama yg boleh berubah-ubah dalam sekelip mata walaupun ayam itu dari darah yang hebat. Oleh sebab itu pemerhatian dan penjagaan rapi adalah penting untuk serama.

Remaja sebelum pulih



Serama remaja ini baru diambil dari seorang rakan serama di Kelantan. Ia adalah dari baka yg boleh dikatakan terpilih jgak la.. Pada usia anak A dan Anak B, serama ini memang hebat gaya dan aksinya.. Walau bagaimana pun apabila masuk peringkat usia remaja ayam ini jatuh sakit dan menjadi slow.. Baru-baru ini serama ini telah dibawa ke reban serama taiping untuk diberi rawatan pemulihan akhlak.. dalam masa seminggu ayam remaja ini telah kembali dengan gayanya yg boleh dikatakan ok jgak laa...

19 January 2010

Anak Sulung Dari Baka Baharum Paka


Anak sulung dari baka baharum ini telah dijual kepada otai serama.

Anak Sulung Dari Baka Baharum Paka


Ini adalah anak sulung dari baka baharum paka yg telah dijual.

05 January 2010

Anak A Gaya Berbeza ( Sold Out )


Kelebihan anak A ini iaitu sentiasa bergaya walaupun xsepadan dgn umurnya. Gayanya pula berbeza-beza.

Anak A - cikgu nik taiping



Anak A yang nampak potensi ini hasil kacukan dari bapak baka Baharom Paka dan Husin.

05 December 2009

Ara pembaka...2009


Mungkin anda semua xpuas hati dgn gambar libasnya di bawah.. inilah rupa yg xseberapa sebenar ayam ara muda di bawah. Ayam ni sebenarnya saya gunakan sepenuhnya sebagai pembaka di reban saya. Gayanya setakat ni xler mengecewakan... sebab ia sentiasa aktif di meja.

Waccaaa..... libas maut


Wacccaaa..... mungkin ini lah yg dikatakan oleh ayam muda ara ini. Ayam ni mempunyai gaya kibas yg agak giler.. iaitu sampai terangkat kaki dan badannya. Awas siapa yg duk dekat dgn ayam ni, pasti rambut anda menggerbang... Ha ha acah aje, ayam ni memang aktif di meja dgn gaya lonjak dadanya dan kibas yg kuat.

16 November 2009

Remaja BOTB Nan Tumpat

Baru ni sya sempat melawat ke reban nan tumpat yg pernah menang BOTB di Pengkalan Chepa. Sempat gak ambil gambar ayam ni dengan handphone.. Katanya ayam ni xnak jual dan hanya nak buat baka je. Yang warna hitam menang BOTB. Gambar sebelah plak ayam dari reban nan jgak warna coklat muda bintik putih.


Induk Manisan Aji


Induk ini digunakan oleh aji sebagai pembaka kerana mempunyai darah genetik yang elok dari segi berani(garang) dan kibas. Oleh itu kami cuba masukkan ia dengan bapak tok uban yg ada gaya selam. Tengoklah hasilnya nanti sbb ini adalah percubaan pertama kami.

MOHON JUTAAN KEMAAFAN


Dikesempatan ini sya dan rakan2 sya ingin mohon jutaan kemaafan kerana lama menyepi dan dah lama tak update ruangan blog ini. Ini disebabkan kami sebagai tenaga pengajar di dalam institusi pendidikan begitu sibuk dengan pelajar2 kami yg akan menempuh peperiksaan SPM pada hari rabu ini (18/11/2009). Adalah menjadi tanggungjawab kami bagi melunaskan kerja2 kami terhadap generasi akan datang kita ini. Oleh itu kami juga ingin mengucapkan selamat menempuh dan berjaya dalam SPM kepada semua yg bakal mengambil peperiksaan SPM ini, terutamanya kepada peminat serama yg berumur 17 tahun. Demi untuk tatapan kawan2 yg melayari blog ini sya poskan gambar terbaru dari kami. Anak B dalam pembikinan ini hasil kacukan tok uban dan induk husin.

08 October 2009

Anak Tok Ubanku


Anak B baru masuk remaja ini adalah dari baka tok uban. Gambar kurang jelas sebab menggunakan h/phone. Anak tok uban ini juga tunggu utk siap sepenuhnya utk masuk bon dlm kategori remaja.... insyaallah.

Produk Aji 1


Ini adalah salah satu hasil yg telah dikeluarkan oleh saudara Aji sempena Aidil Fitri.Anak2 ini hasil dari campuran baka husin dan limbat. Walaupun hanya menetas 3 ekor tapi rasanya tidak mengecewakan juga.

07 October 2009

Bapak A


Ayam pembaka ini baka dari Terengganu iaitu saudara Baharom Paka. Ayam ini saya beli dari saudara Baharom semasa jumpa di Bon K.Lumpur. Rupa2nya saudara Baharom ni member saya masa kecik2 dulu.. dunia ni kecil. Buat masa ini ayam ni buat pembaka sepenuhnya. Semasa muda2 dulu kalau masuk bon kat utara dapat laa jugak Top5. Sekarang pencen daaa...

Dari Reban Mie..


Kita jenguk pula di reban salah seorang rakan saya.. iaitu saudara Mie Kimpal. Pembaka dari rebannya juga terdiri dari baka dari Kelantan dan Terengganu.

Induk Limbat Aji


Induk limbat ini salah sekor pembaka Aji.. Induk ini bersaiz kecil dan sedang bertelur.

Bapak Muda Aji


Bapak muda Aji  baka dari Terengganu. Ayam ini merupakan salah sekor pembaka dalam reban Aji. Aji gunakan bapak ini sebagai pembaka untuk mendapatkan bentuk tubuh yg agak tinggi dan gaya tarik serta sayap lempar. Gambar ini diambil semasa ayam ini posing dlm keadaan biasa..