25 January 2016

Setelah sekian lama menyepi selama lebih kurang setahun dalam berserama, InshaaAllah pada tahun 2016 ini Serama Taiping aktif kembali.
Tahun 2015 ST lebih menumpukan kepada breeding.
Pada awal tahun 2016 ini telah menampakkan hasil yang positif.. Alhamdulillah. Nanti ST akan update gambar2 terkini..
Bon Butterworth Penang:
Tarikh : 09 Januari 2016 (Sabtu)
Pencapaian : Tempat ke- 3
Kategori     :  anak b

02 September 2014

Induk Reban..

Induk reban (SOLD) setelah mengeluarkan pelapis yg memuaskan.. Semoga terus berjasa kpd tuan barunya.

03 August 2014

18 March 2014

Sekian Lama Menyepi Tak Update Blog... Testing... testing.


Pembaka utama ST. Pernah bergelar johan dan top 3 di beberapa bon tanahair semasa remaja (semasa berada dgn MengKB). Kini menjadi pembaka sepenuh masa di reban ST. Pembaka yg aktif mengeluarkan produk dgn beberapa induknya yg berlainan darah.Mengikut MengKB ianya berasal dari submerin bloodline. MengKB menggelarkannya RemajaSub5k....Tq to MengKB.

21 November 2013

Pembaka..

Pembaka... Goku dan induk ekor kelabu.


12 November 2013

pembaka...ST.. utk produk 2014. Insyaallah

Salam kembali di penghujung 2013.

Mohon kemaafan kerana agak lama ST tak update ruangan blog ini... ade beberapa sebab yg menyebabkan ST menyepi sblm ini... salah satunya adalah disebabkan kesibukan kerja la... yg lain tu rasanya xpayah ST nyatakan lah di sini. Kalau ade kesempatan kita bercerita di kedai kopi la.. hehehe.

Remaja betina..

18 August 2013

JOM SEMUA..... BON JERTIH TERENGGANU 24 OGOS 2013

TARIKH          :  24 OGOS 2013 ( HARI SABTU )
BERTEMPAT   :  STESEN BAS PUSAT BANDAR JERTEH, TERENGGANU
MASA PENDAFTARAN  :  8.00 PG - 2.00 PTG
YURAN PENDAFTARAN :  RM 50 SEEKOR


HADIAH SETIAP KATEGORI
JOHAN            :  RM600 + SIJIL + PIALA
NAIB JOHAN :  RM400 + SIJIL + PIALA
KETIGA          :  RM300 + SIJIL + PIALA
SAGUHATI  30% : RM80
BOTB             :  RM100 + SIJIL + PIALA

CABUTAN BERTUAH
BONANZA   :  SEUTAS RANTAI EMAS
RM100 X 10
RM50   X 10
HAMPER X 20

KETERANGAN LANJUT HUBUNGI :  019 9385686 - ABG SOH
                                                                 012 9210486 - MENG KB

21 June 2013

Baru nak galak..

Pelapis.. pembaka yg baru nk galak.

25 May 2013

Anak b... Tino (sold)

Anak b tino berdarah ara.. semoga terus berjasa kpd tuan barunya.. insyaallah.

Dah berani lawan tokey ni.....

23 May 2013

Anak a....

Anak a yg masih belum kenal jantan @ tino.


11 May 2013

Masa Yg Terbatas...



Ini je yg tinggal... pembaka ST, Sripadi Jr... Masa yg agak terbatas buat masa ini disebabkan oleh kesibukan kerja ST dan geng serama Taiping termasuk Aji dan Mie Burung..semenjak naik taraf ke kolej ini. Bon Penang terdekat smlm (11/5/2013) pn xdpt kami sertai kerana perihal kerja. Walau bagaimana pun sempat ST kirim induk remaja ST kpd seorang sahabat.. dengar khabar dpt jgk top5 induk tu... alhamdulillah. Buat masa ni ST terpaksa breed slow2 je.. Dh banyak jgk yg terpaksa ST offer kt mmber2 terdekat yg berminat dgn produk ST yg xseberapa ini.. Disebabkan oleh minat dlm serama ini, terpaksa kita teruskan juga walau secara perlahan.. Begitulah jatuh bangun kita dlm dunia serama ini.. Jgn cepat putus asa. Trima kasih kpd kawan2 serama, rakan f.b serama dan termasuk otai2 yg telah bnyak membantu ST dlm dunia serama sblm ini.. Jasa mu tetap dikenang.... Wassalam.

10 May 2013

Muda.. kuning

Serama muda yg bakal berhijrah ke pantai timur... Semoga ia terus berjasa kpd tuan barunya...

Pandangan hadapan..

Gaya kibas dan lonjak..

05 May 2013

Anak a....

Anak a ara...



03 May 2013

Barang Lama... Yg Berjasa..

Induk reban sepenuh masa..



25 April 2013

Induk.. kembar

Induk kembar adik dan kakak.

Dua beradik kembar ini mempunyai kelebihan masing-masing...

20 April 2013

Induk belunjur... biasa je.

Induk belunjur ini pada awalnya ST offer nk jual RM300 je tp tak laku... Induk ini terbiar dn sesuai utk dibuat baka je..

Walau bagaimana pun setelah dilatih beberapa hari di atas meja, ia mula tunjuk perubahan di atas meja.

Setelah hari ke-2 dilatih, ia semakin tarik dan selam...

Semakin garang di meja....

Sekarang dh mula bergaya di meja.... alhamdulillah. Itulah seni serama.. Sedikit masa lagi akan dimasukkan dgn pembaka ST... insyaallah.

13 April 2013

Anak b kubing... Sold.

Anak b kubing ini berdada besar dan leher panjang... telah berpindah milik kpd seorang sahabat serama. Harap kubing ini terus berjasa kpd tuan barunya.. Insyaallah.

Gaya di meja tidak mengecewakan...

08 April 2013

Bon Kuala Nerang Kedah... 13 April 2013


Pertandingan Ayam Serama Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang Kedah
Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)

Hadiah:
Johan : RM150 + piala + sijil
Naib johan: RM100 + piala + sijil
Ketiga: RM80 + piala + sijil
Saguhati: tilam toto @ barangan elektrik

Bonanza: RM300
Cabutan bertuah:
RM100 x 3cabutan
RM50 x 4cabutan
Hamper x 10buah

Pengadil: Terengganu dan Kedah

Yuran penyertaan: RM30

(Setiap RM1 dari yuran penyertaan akan disumbangkan ke Tabung Wira Lahad Datu)


07 April 2013

Aksi Serama A....

Ini adalah ayam serama A MengKb yg sempat menunjukkan aksinya yg menawan di rumah ST sebelum bertolak ke Bon Penang..

Serama A ini mendapat tempat dalam senarai top-3 di bon Penang... Tahniah MengKb.

06 April 2013

Aksi Di Bon Penang.. 6/4/13

Suasana semasa acara BOTB di bon Penang 6/4/13.. Alhamdulillah ST ada kelapangan utk ke Bon Penang pada kali ini sambil berjumpa dengan rakan serama termasuk dari selatan dan pantai timur tanah air.. itulah yg dikatakan semangat berserama walaupun datang dari jauh utk memberi sokongan.Suasana yg cukup meriah walaupun cuaca hujan yg berterusan pada hari itu. Tahniah kepada pihak penganjur geng Kelab Serama Penang dan tahniah juga kepada para pemenang pd kali ini. Pada kali ini ayam ST sekadar no.3 anak b, no.4 anak a... manakala induk ST bilurrrrr... hehehe.

04 April 2013

Bon Penang.. 6 April 2013 - Sabtu (info dr saudara Mizi Penang)

KELAB SERAMA PULAU PINANG
PERTANDINGAN KESENIAN DAN KECANTIKAN AYAM SERAMA 2013
Tarikh : 6 / 4 / 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Serbaguna Simpang Empat Permatang Buluh

Jam : 0800 am ~ 1700pm

Yuran Penyertaan : RM30.00

Pengadil : Terengganu

JOHAN :   RM 150.00 + Piala + Sijil
KE- 2  :     RM 100.00 + Piala + Sijil
KE- 3 :    RM 80.00 + Piala + Sijil
 Saguhati 30% daripada penyertaan berupa barangan..
BOTB : RM 100 + Piala + Sijil
Cabutan Bonanza: RM300 x 1
Caburan Bertuah: RM50.00x 4
Hamper
Kategori:
Serama Anak A (100 grm kebawah berciri anak A )
Serama Anak B (140 grm kebawah berciri anak B )
Serama Remaja
Serama Muda
Serama Tanpa Lawi ( ABS )
Serama A
Serama B
Induk/ Betina

*Info dari saudara Mizi Penang

21 March 2013

Induk Pembaka ST..

Salah sekor induk pembaka ST utk menghasilkan produk berwarna kuning.. Insyaallah.

18 March 2013

Salah Sekor Pembaka ST...

Salah sekor pembaka jantan ST iaitu ST13

ST13....Agak serabai sbb dh lama xdimandikan

Bersama induk sepenuh masa..

13 March 2013

Remaja Kuning... Sold

Remaja kuning yg belum siap ekor sepenuhnya telah dilamar.... ST igt nk simpan remaja ni utk ST bawa test bon, tetapi memandang ST skrg sibuk dgn urusan kerja dn urusan keluarga setiap hujung mggu. Jadi ST terpaksa lepaskan remaja kuning ini kpd seorang sahabat serama.

Dengar khabar skrg remaja kuning ini telah berada di Kelantan... Ape pn harap remaja ini terus berjasa kpd tuan barunya. (ST belum sempat beri nama ayam ini)

10 March 2013

Sebelum dan selepas....

Ara remaja ke muda ST yg bru datang perangai.. masa ni ST xsempat nk trim bulu dn xde masa nk train di meja. Biasa la sibuk dgn kerja2 harian.

Yg ni gambar terkini ara diatas...Bulu ditrim skit dan dipakaikan kupiah... hehe.